Page 25 - WADAH POLYCC 2024
P. 25
1
POLYCC SEMARAKKAN BULAN KEBANGSAAN DAN
HARI MALAYSIA 2023 MELALUI PENYERTAAN
PAMERAN ANJURAN KPT
PUTRAJAYA, 9 OGOS 2023 - Bagi menyokong dan menyemarakkan lagi Sambutan Bulan
Kebangsaan dan Hari Malaysia 2023 peringkat Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT),
POLYCC telah menyertai pameran bertemakan POLYCC Merdeka Street. Sambutan
peringkat KPT ini telah disempurnakan oleh Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato’ Seri
Mohamed Khaled Nordin.
Pelbagai produk hasil kerjasama tiga institusi yang telah terlibat secara langsung dalam
menyumbang kreativiti dan produk hasil kerja pelajar dan staf seperti rekaan perabot dan
busana fesyen daripada berbilang bangsa.
Institusi yang terlibat adalah dari Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA), Kolej
Komuniti Kuala Langat (KKKL) dan Kolej Komuniti Batu Gajah (KKBG).
Sewaktu perasmian ini, POLYCC turut menerima kunjungan YB Menteri bersama barisan
kepimpinan tertinggi KPT ke reruai dan YB Menteri turut menurunkan tandatangan pada
buku pelawat yang telah disediakan.
Pameran ini telah disertai oleh Institut Pendidikan Tinggi (IPT) awam dan swasta dari
seluruh negara dengan membawakan tema berkaitan kemerdekaan dan perpaduan dan
akan berada di lobi Menara KPT sehingga Hari Malaysia nanti iaitu 16 September depan.
21
http://www.mypolycc.edu.my