Page 24 - WADAH POLYCC 2024
P. 24

1







          JAWATANKUASA TRANSFORMASI POLITEKNIK DAN
          KOLEJ KOMUNITI BERPERANAN MENELITI HALA TUJU
          BAHARU EKOSISTEM TVET


        PUTRAJAYA, 1 OGOS 2023 - Seramai sembilan
        (9)    orang      Jawatankuasa        Transformasi
        Politeknik dan Kolej Komuniti kementerian
        telah menerima watikah pelantikan yang
        disampaikan oleh Ketua Pengarah Pendidikan
        Politeknik dan Kolej Komuniti, YBrs. Dr. Haji
        Mohd Zahari Ismail, disini.
        Jawatankuasa tersebut adalah terdiri daripada
        pakar-pakar pelbagai bidang dari Universiti
        Awam (UA), Institusi Pendidikan Tinggi Swasta
        (IPTS), Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT) dan
        Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej                Beliau         menambah,            kementerian
        Komuniti (JPPKK).                                      meletakkan       harapan      dengan       inisiatif
                                                               penubuhan jawatankuasa ini dan akan
        YBrs. Dr. KP ketika berucap pada majlis                berperanan       untuk     meneliti    cadangan
        tersebut berkata, pelantikan ini juga adalah           agenda transformasi dan hala tuju baharu
        bertepatan dengan azam oleh Menteri                    bagi memperkasa ekosistem TVET di
        Pendidikan Tinggi, YB Dato’ Seri Mohamed               samping mengenal pasti kaedah yang
        Khaled Nordin dalam Ucapan Perutusan Tahun             bersesuaian dalam menyusun strategi ke
        Baharu 2023 berdasarkan azam ketujuh iaitu             arah mentransformasi TVET di Politeknik
        untuk melakukan rombakan terhadap sistem               dan Kolej Komuniti.
        dan ekosistem TVET nasional.
                                                               Selaras dengan itu, Institusi Pendidikan
                                                               Tinggi     (IPT)    di   bawah      Kementerian
                                                               Pendidikan       Tinggi     (KPT)      khususnya
                                                               Politeknik     dan     Kolej    Komuniti     yang
                                                               merupakan penyumbang terbesar graduan
                                                               bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal
                                                               dan Vokasional atau TVET negara perlu
                                                               saling       berganding          bahu       untuk
                                                               memartabatkan bidang tersebut.


                                                               Hadir sama pada majlis ini adalah Timbalan
                                                               Setiausaha Bahagian, Bahagian Dasar dan
                                                               Penyelidikan, KPT, Puan Norsyidah binti
                                                               Mat Saat @ Abas Puan Noor Hasniza Mat
                                                               Saleh, Ketua Penolong Setiausaha Kanan,
                                                               Bahagian Dasar dan Penyelidikan, KPT,
                                                               barisan Pengurusan Tertinggi JPPKK serta
                                                               Pengarah-pengarah  Politeknik dan Kolej
                                                               Komuniti.
                                                                                                        20
         http://www.mypolycc.edu.my
   19   20   21   22   23   24   25   26   27   28   29