Page 5 - WADAH POLYCC 2024
P. 5
1
1
SESI PERJUMPAAN DAN AMANAT OLEH KPPPKK SEMPENA PENYAMPAIAN
WATIKAH PELANTIKAN PENGARAH-PENGARAH BAHAGIAN
JPPKK DAN POLYCC YANG BAHARU
PUTRAJAYA, 2 MEI 2023 - Ketua Pengarah Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti,
YBrs. Dr. Haji Mohd Zahari Ismail telah mengadakan sesi perjumpaan dan penyampaian
amanat sempena Penyerahan Watikah Pelantikan Pengarah Bahagian JPPKK dan
Pengarah-pengarah politeknik dan kolej komuniti yang baharu di Bilik Mesyuarat Utama,
Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK).
YBrs. Dr. KP dalam amanat beliau telah memperkenalkan seramai 24
pengarah-pengarah baharu yang akan memulakan tugas masing-masing berkuatkuasa
mulai 2 Mei 2023.
YBrs. Dr. KP berkata pelantikan ini merupakan salah satu fungsi sumber manusia yang
penting dan beliau berharap pegawai dapat memberikan perkhidmatan yang cemerlang
sekiranya ditempatkan di jawatan yang sesuai dengan kompetensi masing-masing.
Selain itu beliau berkata pelantikan ini akan dapat membantu dalam memperkaya dan
memperluaskan bakat pegawai kepada pendekatan produktiviti untuk menambahkan
pengalaman dan penggiliran tugas. Beliau turut yakin dengan pemilihan
pengarah-pengarah tersebut akan dapat mengemudi institusi dengan baik.
Pengurusan Tertinggi dan seluruh warga POLYCC mengucapkan setinggi-tinggi syabas
dan tahniah atas pelantikan ini.
Hadir sama pada sesi ini ialah Timbalan Ketua Pengarah (Governan), YBrs. Encik
Kamaludin Daud, Pengarah Kanan (Akademik), YBrs. Encik Mohd Noor Shahudin, serta
Pengarah Kanan (Kompetensi), JPPKK, YBrs. Ts. Zainab Othman.
01
http://www.mypolycc.edu.my