Page 8 - WADAH POLYCC 2024
P. 8

1
                                                                                                             1






          PERASMIAN PROGRAM POLYCC X MAH @ LIMA 2023


























       LANGKAWI, 20 MEI 2023 - Program
       POLYCC X MAH @ LIMA 2023 telah                     Mereka ditempatkan di tujuh (7) buah hotel
       berlangsung di Langkawi bersempena                 sekitar Langkawi bagi menjalani aktiviti
       dengan        penganjuran         Langkawi         ‘experiental learning’ iaitu pembelajaran
       International Maritime and Aerospace               berasaskan      pengalaman        dan    interaksi
       Exhibition 2023 (LIMA ’23) yang                    produktif. Selain itu, seramai empat (4)
       berlangsung pada 23 hingga 27 Mei                  orang pensyarah turut terlibat dalam aktiviti
       2023. Perasmian program ini telah                  sebegini yang dikenali sebagai ‘Executive
       disempurnakan oleh Pengarah Kanan                  Lecturer     Industrial    Training    Exposure’
       (Kompetensi), Jabatan Pendidikan                   (ELITE) @ MAH.
       Politeknik      dan     Kolej     Komuniti
       (JPPKK), YBrs. Ts. Zainab Othman.                  Pada majlis tersebut telah berlangsung sesi
                                                          pertukaran sijil kolaborasi di antara JPPKK
       Seramai 159 orang pelajar dari enam                yang  diwakili  Ts.  Zainab  Othman  dan
       (6) buah politeknik dan kolej komuniti             Malaysian Association of Hotels (MAH) yang
       (POLYCC) iaitu Politeknik Tuanku                   diwakili oleh YBhg. Dato’ Megat Shahrul
       Syed Sirajuddin (PTSS), Langkawi                   Azman Abas. Pertukaran sijil kolaborasi ini
       Tourism Academy @ Kolej Komuniti                   menunjukkan komitmen JPPKK dan MAH
       Langkawi (LTA @ KKLK), Kolej                       dalam kolaborasi sinergi bagi memastikan
       Komuniti Sungai Petani (KKSP), Kolej               POLYCC dipacu oleh industri.
       Komuniti Chenderoh (KKCP), Kolej
       Komuniti Selayang (KKSY) serta Kolej               Turut hadir pada program perasmian
       Komuniti Jeli Cawangan Tanah Merah                 tersebut ialah Timbalan Pengerusi MAH
       yang menawarkan program pengajian                  Kedah & Perlis, Encik Effendi Ramley,
       Diploma       Pengurusan       Perhotelan,         Pengurus Besar MAH, Puan Fadhillah Ariffin,
       Diploma      Seni     Kulinari,    Diploma         Pengarah Bahagian Kolaborasi Industri dan
       Perkhidmatan Makanan Amalan Halal,                 Komuniti JPPKK,  YBrs.  Puan Yusma  Yusof,
       Sijil Operasi Perhotelan, Sijil Kulinari,          Pengarah (LTA @ KKLK), YBrs. Puan
       Sijil Seni Kulinari dan Sijil Pastri akan          Haslinda Abdul Hamid, pengarah-pengarah
       terlibat dalam program ini.                        POLYCC, serta wakil-wakil industri terlibat.
                                                                                                        04

         http://www.mypolycc.edu.my
   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13