Page 7 - WADAH POLYCC 2024
P. 7

1
                                                                                                             1






          MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN DAN SAMBUTAN HARI RAYA
          AIDILFITRI PERINGKAT JPPKK






























        PUTRAJAYA, 17 MEI 2023 - Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK)
        telah menganjurkan Majlis Perhimpunan Bulanan di Tapak Perhimpunan, Aras 5, Galeria
        PjH dan diserikan dengan kehadiran Ketua Pengarah Pendidikan Politeknik dan Kolej
        Komuniti, YBrs. Dr. Haji Mohd Zahari Ismail.


        Pada majlis yang dikelolakan oleh Sektor Kompetensi turut diadakan penyampaian
        Anugerah Kecemerlangan Kehadiran Kursus Tertinggi serta Anugerah Kecemerlangan
        Kehadiran Tertinggi Perhimpunan yang diungguli oleh Bahagian Governan dan
        Kecemerlangan (BGK), JPPKK.


        Turut diadakan adalah pengumuman pemenang bagi pertandingan Ibu Anak Seiras yang
        dianjurkan bersempena Hari Ibu yang disambut baru-baru ini selain cabutan bertuah
        raya, pemakluman pegawai bertukar dan masuk dari jabatan serta sambutan ringkas hari
        lahir pegawai bagi bulan April.


        Usai majlis, warga JPPKK turut menghadiri Sambutan Hari Raya Aidilfitri yang disambut
        meriah dengan pelbagai aneka juadah disediakan.


        Hadir    sama      pada     majlis    ini  ialah    barisan     Pengurusan       Tertinggi    JPPKK,
        Pengarah-pengarah Bahagian serta warga JPPKK.













                                                                                                        03

         http://www.mypolycc.edu.my
   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12