Page 6 - WADAH POLYCC 2024
P. 6

1
                                                                                                             1






          PSIS JUARA KESELURUHAN 16TH FIRA
          MALAYSIA CUP




        SEBERANG PERAI, 12 MEI 2023 -
        Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS)
        diumum sebagai Juara Keseluruhan
        16th FIRA Malaysia Cup 2023. Majlis
        perasmian          penutupan           telah
        disempurnakan oleh Pengarah Kanan
        (Akademik),       Jabatan      Pendidikan
        Politeknik      dan     Kolej     Komuniti
        (JPPKK), YBrs. Encik Mohd Noor                   Sementara itu bagi Naib Juara kejohanan kali
        Shahudin, di Politeknik Seberang                ini menjadi milik Politeknik Sultan Azlan Shah
        Perai (PSP), Pulau Pinang yang juga             (PSAS) apabila mengutip sebanyak empat (4)
        merupakan tuan rumah bagi anjuran               pingat Emas, dua (2) Perak dan satu (1)
        edisi kali ini.                                 Gangsa serta Tempat Ketiga pula disandang
                                                        oleh  Politeknik  Sultan  Haji  Ahmad  Shah
        16th FIRA Malaysia Cup 2023 telah               (POLISAS)  dengan  mengutip  tiga  (3)  pingat
        berlangsung mulai 8 hingga 12 Mei               Emas, lima (5) Perak dan enam (6) Gangsa.
        2023 di PSP dengan lapan kategori
        dipertandingkan iaitu Simurosot, Air            Matlamat utama FIRA atau Federation of
        Drone, AndroSot, Robosot, MyBot,                International Robot - Sport Association adalah
        Hurocup, Ai Bot dan Business and                bagi mengembangkan minat terhadap sains
        Innovation.                                     dan teknologi robot dalam kalangan generasi
                                                        muda      dan     masyarakat       umum       melalui
        PSIS yang juga merupakan Juara                  pertandingan robot soccer selain merupakan
        bertahan apabila turut menjadi Johan            satu       inisiatif     antarabangsa           untuk
        pada     edisi    sebelum      ini   tampil     memperkenalkan bidang ‘Autonomous Robot’
        cemerlang         dengan         mengutip       dan menyumbang kepada kemajuan teknologi
        sebanyak enam (6) pingat Emas, lima             terkini.
        (5) Perak dan tiga (3) Gangsa
        menerusi pelbagai kategori yang                 Hadir sama pada majlis perasmian penutupan
        dipertandingkan.                                ini ialah Pengarah Bahagian Ambilan dan
                                                        Pembangunan Pelajar, JPPKK, YBrs. Encik
                                                        Azirin Abdul Aziz, Pengarah PSP, YBrs. Sr.
                                                        Harith     Fadzilah     Abd     Khalid,    Timbalan
                                                        Pengarah       Bahagian      Kurikulum      mewakili
                                                        Pengarah Bahagian Kurikulum, JPPKK, Puan
                                                        Marzita Muhamad Tazi dan Timbalan Pengarah
                                                        Akademik, PSP, Ts. Dr. Zulhadi Zakaria.
                                                        Untuk senarai penuh pemenang bagi setiap
                                                        kategori yang dipertandingkan, sila layari
                                                        https://firamalaysia.mypolycc.edu.my/
                                                                                                        02

         http://www.mypolycc.edu.my
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11