Page 4 - KOMPENDIUM PENGKOMPAUNAN
P. 4
Sekapur Sirih
Assalamualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera.
Era transformasi yang ditelusuri dekad ini sesungguhnya
menuntut kepada pendekatan yang cekap dan berkesan
serta model pengurusan yang terkini. Pengurusan
pentadbiran yang tersusun, sistematik dan dinamik akan
memperkukuhkan mekanisme pentadbiran perkhidmatan awam sedia ada bagi
mengekalkan momentum lonjakan daya saing negara di arena dunia yang kian
mencabar. Pengurusan strategik adalah pendekatan yang begitu kritikal kepada
peningkatan prestasi berganda organisasi melalui pelaksanaan komponen pengurusan
yang lengkap, teratur dan komprehensif.
Jabatan Pendidikan Tinggi menerusi Bahagian Penguatkuasaan dan Inspektorat
merupakan salah satu bahagian yang bertanggungjawab memantau dan mengawal selia
Institusi Pendidikan Tinggi Swasta untuk memastikan semua dasar dan peruntukan
undang-undang di bawah Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 [Akta 555] dan
peraturan-peraturan di bawahnya dipatuhi. Setiap Institusi Pendidikan Tinggi Swasta
yang beroperasi sebagai pemberi perkhidmatan pendidikan tinggi perlu faham bahawa
peruntukan Aktas 555 adalah bagi menjamin kualiti pendidikan selain melindungi hak dan
kebajikan pelajar.
Di harapkan Kompendium Siasatan, Pengkompaunan dan Pendakwaan ini dapat
memberi manfaat dan panduan kepada semua pihak di Jabatan Pendidikan Tinggi dalam
melaksanakan tugas-tugas penguatkuasaan. Semoga semua Institusi Pendidikan Tinggi
Swasta berupaya melonjakkan kecermerlangannya melalui perkembangan yang sihat
dan penyediaan pendidikan yang berkualiti.
YBhg. Prof. Dato' Seri Dr. Mohamed Mustafa Bin Ishak
Ketua Pendaftar
Institusi Pendidikan Tinggi Swasta
Jabatan Pendidikan Tinggi
Kementerian Pengajian Tinggi