Page 8 - KOMPENDIUM PENGKOMPAUNAN
P. 8

PEMERIKSAAN & PENYIASATAN


               1       PENGENALAN


                       Garis panduan ini merupakan dokumen rujukan yang boleh

                       diguna pakai dalam proses penguatkuasaan ke atas IPTS.

                       Proses penguatkuasaan ini melibatkan proses siasatan yang
                       merangkumi            aktiviti      pemeriksaan             dan       seterusnya

                       melengkapkan kertas siasatan untuk tindakan Penasihat

                       Undang-Undang (Timbalan Pendakwa Raya).




               2       LATAR              BELAKANG                  DAN             PERUNDANGAN
                       PEMERIKSAAN & PENYIASATAN



                       2.1 Pemeriksaan dan  penyiasatan  ke atas  Institusi
                            Pendidikan  Tinggi  Swasta  (IPTS)  merupakan  aktiviti

                            penguatkuasaan bagi mengawalselia IPTS supaya dapat

                            memastikan perkembangannya  yang sihat  selaku
                            pemberi  pendidikan  tinggi  yang  berkualiti serta

                            peranannya  yang penting  bagi  menjayakan  wawasan

                            menuju ke arah kecemerlangan akademik dan bagi
                            peningkatan profesionalisme dan teknikal negara.


                       2.2 Aktiviti  pemeriksaan  dan  penyiasatan  yang  dijalankan

                            adalah  berdasarkan  kepada  maklumat  awal  yang

                            diperolehi  daripada  aduan  yang mengesyaki terdapat
                            kesalahan yang dilakukan oleh IPTS di bawah

                            peruntukkan Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta

                            1996 [Akta 555] dan peraturan-peraturan di bawahnya.




                                                                 Bahagian Penguatkuasaan & Inspektorat
                                                                              Jabatan Pendidikan Tinggi |1
   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13