Page 5 - KOMPENDIUM PENGKOMPAUNAN
P. 5

Seulas Pinang







               Assalamualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera.

               Institusi Pendidikan  Tinggi Swasta mempunyai
               peranan  dan tanggung jawab yang tidak kurang
               pentingnya jika dibandingkan  dengan institusi
               pengajian awam. Pengurusan dan  pengoperasian
               yang mantap serta penawaran kursus yang
               bersesuaian dengan permintaan semasa menjadikan Institusi Pendidikan Tinggi Swasta
               sebagai tumpuan untuk menyambung pengajian ke peringkat seterusnya. Justeru,
               amatlah penting bagi Jabatan Pendidikan  Tinggi memastikan  pengawalseliaan dan
               penguatkuasaan terhadap institusi-institusi ini adalah berterusan bagi memastikan kualiti
               perkhidmatan pendidikan yang ditawarkan adalah terjamin.

               Semua pegawai yang melaksanakan tugasnya perlu memahami tatacara yang sesuai
               dan tepat supaya tugas yang dilaksanakan  tidak terpesong daripada peruntukan
               perundangan yang berkuatkuasa. Selaras dengan itu, bagi memastikan kecekapan dan
               peningkatan prestasi berganda selaku organisasi penguatkuasaan, Kompendium
               Pemeriksaan dan Penyiasatan, Pengkompaunan dan Pendakwaan telah dihasilkan dan
               diterbitkan.  Kompendium ini merupakan panduan kepada pegawai penguatkuasa untuk
               mengambil tindakan sewajarnya  berdasarkan peruntukan Akta 555  dan peraturan-
               peraturan di bawahnya.

               Tahniah  diucapkan kepada Bahagian Penguatkuasaan  &  Inspektorat yang telah
               berusaha untuk menjayakan penghasilan Kompendium Siasatan, Pengkompaunan dan
               Pendakwaan.  Semoga pembangunan dan  penerbitan kompendium ini boleh
               dimanfaatkan oleh semua pihak di Jabatan Pendidikan Tinggi.



               YBhg. Prof. Dato' Dr. Mohd Ekhwan bin Toriman
               Timbalan Ketua Pendaftar
               Institusi Pendidikan Tinggi Swasta
               Jabatan Pendidikan Tinggi
               Kementerian Pengajian Tinggi
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10