Page 6 - KOMPENDIUM PENGKOMPAUNAN
P. 6

Setitis Tinta









               Assalamualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera.

               Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi
               kerana Kompendium Siasatan, Pengkompaunan dan
               Pendakwaan        telah   dapat    dibangunkan       dan
               diterbitkan dengan jayanya.


               Sejajar dengan pindaan Akta 555 dan Peraturan-peraturan di  bawahnya, pegawai
               penyiasat  perlu sentiasa dibekalkan  dengan  maklumat yang tepat supaya tindakan
               perundangan yang diambil  adalah berkualiti. Kompendium ini  merupakan salah satu
               medium yang membantu  pegawai penyiasat dalam  menyediakan dan membekalkan
               maklumat berhubung proses siasatan, pengkompaunan dan pendakwaan yang lengkap
               supaya tindakan  penguatkuasaan yang dilakukan adalah seragam, betul  dan lebih
               sistematik serta berkualiti.

               Semoga  dengan penerbitan kompendium ini dapat  memberi kefahaman yang sama
               kepada semua pegawai dan staf  di  Bahagian ini khususnya  pegawai penyiasat.
               Kompendium ini juga bukan sahaja membantu pegawai penguatkuasa malah menjadi
               bahan rujukan kepada pihak pengurusan Jabatan Pendidikan Tinggi berhubung aktiviti
               penguatkuasaan.

               Saya  mengucapkan setinggi-tinggi  penghargaan dan terima kasih kepada semua
               pegawai Seksyen Penguatkuasaan  di atas usaha  merealisasikan penerbitan
               Kompendium Pemeriksaan dan Penyiasatan, Pengkompaunan dan Pendakwaan ini.




               Dr. Wan Baharudin bin Wan Mahmood
               Pendaftar
               Institusi Pendidikan Tinggi Swasta
               Bahagian Penguatkuasaan dan Inspektorat
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11