Page 59 - KOMPENDIUM PENGKOMPAUNAN
P. 59
PEMERIKSAAN & PENYIASATAN
ii. Mengambil gambar dan melukis rajah kasar
CRO boleh memberi arahan kepada RO yang lain untuk membantu
mengambil gambar dan melukis rajah kasar sekiranya kes yang
sedang disiasat memerlukannya bagi mengukuhkan pembuktian.
Kaedah-kaedah mengambil gambar dan melukis rajah kasar
adalah seperti berikut:
a. Memaklumkan kepada wakil IPTS untuk mengambil gambar
yang berkaitan kes. Seorang wakil IPTS perlu mengiringi
jurugambar (RO) sepanjang gambar diambil atau rajah kasar
dilukis.
b. Gambar hendaklah diambil menggunakan kamera pejabat. Ini
kerana filem atau kad memori yang mengandungi gambar kes
tersebut akan disimpan di dalam stor barang kes sehinggalah
kes selesai.
c. Gambar yang diambil atau lakaran rajah kasar yang dilukis
hendaklah berkaitan dengan kes yang sedang disiasat.
d. Gambar yang diambil atau lakaran rajah kasar yang dilukis
hendaklah jelas.
Bahagian Penguatkuasaan & Inspektorat
Jabatan Pendidikan Tinggi |52