Page 64 - KOMPENDIUM PENGKOMPAUNAN
P. 64
PEMERIKSAAN & PENYIASATAN
C Rakaman Percakapan Saksi (RPS)
RPS akan dilaksanakan oleh CRO setelah semua barang kes
disita. Tujuan RPS dilaksanakan adalah untuk:
i. mengukuhkan keterangan dokumen yang disita.
ii. mengikat jawapan saksi supaya jawapan yang diberikan tidak
berubah sekiranya kes yang disiasat ini berlanjutan sehingga
perbicaraan di mahkamah.
IO boleh memeriksa secara lisan mana-mana orang (saksi) yang
mengetahui fakta sesuatu kes dan merekod percakapan yang
dibuat kepadanya melalui RPS. Saksi-saksi tersebut adalah
diwajibkan dari segi undang-undang supaya menjawab kesemua
soalan yang dikemukakan kepadanya dan menyatakan yang benar
sebagaimana yang diperuntukkan di bawah seksyen 70 Akta 555.
RPS adalah keterangan lisan ke arah membuktikan primafacie ke
atas tertuduh. Perkara-perkara yang perlu diketahui oleh IO
sebelum memulakan RPS adalah seperti berikut:
i. Mengeluarkan notis memanggil saksi di bawah Subseksyen
70(1) Akta 555 dengan menggunakan borang Notis
Memanggil Saksi Di Bawah Subseksyen (KPT 70). Notis asal
diberi kepada saksi dan salinan pendua notis disimpan IO.
Bahagian Penguatkuasaan & Inspektorat
Jabatan Pendidikan Tinggi |57