Page 61 - KOMPENDIUM PENGKOMPAUNAN
P. 61
PEMERIKSAAN & PENYIASATAN
iv. Membuat tandaan barang kes
Dokumen dan barang kes yang sudah dikenal pasti untuk disita
hendaklah dibuat tandaan. Tujuan tandaan barang kes ini dibuat
adalah untuk menjamin ketulenan perekodan dokumen yang disita
daripada IPTS sehingga kes selesai.
Selain itu dengan adanya tandaan pada barang kes ini ianya dapat
menghalang sebarang cetakan pendua dokumen tersebut bagi
tujuan menipu oleh pihak yang tidak bertanggungjawab
(pemalsuan daripada dokumen yang disita). Tandaan pada barang
kes hendaklah dibuat di penjuru kanan atas dokumen atau barang
kes tersebut.
Cara-cara membuat tandaan pada barang kes adalah seperti
berikut:
a. Namakan dengan nama singkatan IPTS pada barang kes
tersebut. Contohnya: AUCMS (Allianze University College of
Medical Science).
b. Menurunkan tandatangan ringkas dan menulis singkatan nama
CRO dibawahnya. Contoh: AZM (Ahmad Zuhaidy
Muhammad).
c. Letakkan tarikh semasa barang kes disita.
Bahagian Penguatkuasaan & Inspektorat
Jabatan Pendidikan Tinggi |54