Page 60 - KOMPENDIUM PENGKOMPAUNAN
P. 60
PEMERIKSAAN & PENYIASATAN
iii. Membuat sitaan barang kes
Sitaan barang kes mesti dibuat sekiranya terdapat bukti-bukti yang
kukuh berkaitan kesalahan yang dilakukan oleh IPTS.
Prosedur-prosedur sebelum membuat sitaan ke atas barang kes
adalah seperti berikut:
a. Kenal pasti dokumen yang hendak disita sama ada ianya
dokumen asal atau salinan.
b. Sekiranya dokumen asal, CRO boleh terus ambil dan buat
tandaan di atas dokumen tersebut.
c. Sekiranya dokumen salinan, CRO perlu pastikan dokumen
tersebut disahkan benar oleh wakil IPTS (nama, jawatan,
tandatangan wakil IPTS, nama IPTS dan tarikh).
d. Barang kes yang sudah dibuat penandaan hendaklah dicatat
ke dalam Borang Akuan Penerimaan / Penyerahan (KPT 66C)
dan seterusnya disimpan di dalam plastik / kotak barang kes.
e. Satu salinan Borang KPT 66C yang lengkap perlu diserahkan
kepada wakil IPTS.
Bahagian Penguatkuasaan & Inspektorat
Jabatan Pendidikan Tinggi |53