Page 11 - E-majalah Pantang Larang Sesebuah Kaum di Malaysia
P. 11

Mencukur Rambut Seperti masyarakat
         Melayu, masyarakat Cina juga
     mengamalkan adat mencukur rambut
  Mereka mencukur   rambut   bayi   kerana
      beranggapan   rambut   bayi   yang
    dilahirkan   adalah   rambut sementara.
   Rambut   yang tumbuh  semasa   dalam
      kandungan   perlu   dicukur   untuk
   menumbuhi rambut baru. Adat ini sebagai
    pengiktirafan terhadap kelahiran orang
           baru ke dalam masyarakat.



                               Sewaktu mengandung   sebarang   konflik
                                  atau   perselisihan   perlu   dihindari
                                 supaya   kandungan   tidak mengalami
                                 sebarang   gangguan.   Memberi   nama
                                    kepada   bayi   yang   belum   lahir
                                   semasa mengandung   juga   adalah
                                     antara   pantang   larang   dalam
                                  masyarakat   Cina.   Ini   adalah   untuk
                                   mengelakkan perasaan kecewa bila
                                         harapan tidak tercapai..

   Pantang larang itu diamalkan selama kira
     – kira sebulan selepas bersalin.Orang
     Cina tidak suka bayi mereka itu dipuji
    “berat badannya”. Kelahiran seseorang
        anak biasanya diraikan apabila ia
                berumur sebulan.
       Saudara mara dan sahabat handai
     memberi hadiah yang boleh digunakan
      bayi. Hadiah – hadiah itu dibungkus
       dengan kertas merah. Sesetengah
   keluarga meraikan bagi keduanya apabila
     anak itu berumur satu tahun. Hindari
     Permasaalahan Di samping itu mereka
          juga digalakkan bekerja bagi
         memudahkan proses bersalin.                                  07
   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15   16