Page 6 - E-majalah Pantang Larang Sesebuah Kaum di Malaysia
P. 6
Malaysia adalah sebuah Negara yang di diami pelbagai kaum. walaupun pada
dasarnya, Malaysia satu ketika dahulu adalah tanah melayu hanya di diami oleh
masyarakat bumiputera, namun kedatangan imegran Cina dan India telah menjadikan
Malaysia sebagai sebuah Negara yang unik kerana bebrbilang kaum. Terdapat
beberapa kaum di Malaysia iaitu Melayu, Cina, India dan bumiputera Sabah dan
Sarawak. Kaum Melayu merupakan kaum majoriti dan utama di Malaysia. Hal ini
kerana, kaum Melayu merupakan penduduk asal di Malaysia. Jumlah penduduk
Malaysia pada 2010 ialah 20.3 juta dengan orang Melayu sebagai kaum terbesar
dengan bilangan 14.2 juta orang merangkumi 50.1% daripada jumlah penduduk.
Bangsaa Cina ialah kaum kedua ramai dengan 6.4 juta orang merangkum 22.6%
daripada populasi. Bumiputera lain (terdiri daripada Orang Asli di Semenanjung dan
bangsa pribumi Sabah dan Sarawak) menduduki tempat ketiga dengan bilangan 3..3
juta orang (11.7%). Bangsa India di tempat seterusnya dengan 1.5 juta orang (6.7%).
Setiap manusia mempunyai kepercayaan kepada agama. Menurut kamus, agama
bermaksud "seganap kepercayaan kepada tuhan atau dewa dengan kewajipan yang
berkaitan dengan kepercayaan itu". Agama mempunyai kaitan rapat dengan ajaran.
Dengan kepercayaan mereka sanggup berkorban untuk mempertahankan agama
mereka. Kesemua agama adalah menyampaikan ajaran yang baik seperti keamanan
02
dan disiplin diri.