Page 7 - E-majalah Pantang Larang Sesebuah Kaum di Malaysia
P. 7

3 . 0   S O S I A L   B U D A Y A   D I
                             M A L A Y S I A
              Sosial budaya adalah amalan yang dimaksudkan
     dengan  gaya  hidup  dan  peradaban  bagi  sesuatu
     masyarakat   yang   lahir   dari   pegangan   dan
     kecenderungan  diri  masyarakat  berkenaan  untuk
     pembangunan    sosial   kehidupan    masyarakat
     berkenaan.  Di  Malaysia,  kepelbagaian  penduduk
     telah  mewujudkan  pelbagai  budaya  serta  bangsa
     yang  menjadi  pegangan  dan  amalan  hidup  mereka.
     Kebudayaan  kebangsaan  yang  utama  di  Malaysia
     adalah  berasaskan  kebudayaan  orang-orang  Melayu,
     orang  Cina,  orang  India  dan  kaum  yang  lain  seperti
     kaum Iban dan Kadazan Dusun.
                                             Kebudayaan  orang  Melayu  mengutamakan
                           nilai-nilai  sopan  santun,  kesederhanaan,  keindahan
                           dan  keharmonian  hidup  antara  ahli-ahli  keluarga,
                           jiran  tetangga  dan  masyarakat.  Walaubagaimanapun
                           kebudayaan  di  Malaysia  melalui  budaya  Cina  dan
                           India  sama  seperti  budaya  yang  diamalkan  oleh
                           orang Melayu. Oleh itu, kebudayaan yang diamalkan
                           oleh penduduk di Malaysia adalah sama dan mereka
                           saling  hormat  menghormati  antara  satu  sama  lain.
                           Ianya  dapat  menunjukkan  nilai-nilai  yang  positif
                           dalam  kalangan  penduduk  di  Malaysia  sekaligus
                           dapat  mewujudkan  suasana  yang  harmoni  dalam
                           kalangan masyarakat di Malaysia.
             Masyarakat  yang  majmuk  di  negara  ini
     menjadikan  lebih  berwarna-warni  apabila  semua
     penduduk  yang  pelbagai  kaum  terlibat  secara
     menyeluruh  dalam  semua  aktiviti  seperti  perayaan,
     kemerdekaan,    kesultanan    dan    sebagainya.
     Kepelbagaian  aktiviti  kebudayaan  penduduk  ini
     dapat  dilihat  secara  langsung  melalui  sambutan
     perayaan  sama  ada  perayaan  untuk  kaum  Melayu,
     mahupun  India  dan  Cina.  Kesemua  kaum  akan
     bergotong-royong   untuk   menyambut   perayaan
     tersebut.  Setiap  kali  musim  perayaan,  aktiviti
     kunjung  mengunjung  ini  dapat  dilihat  di  merata
     tempat.  Oleh  itu,  upacara  rumah  terbuka  turut
     diadakan  bagi  memeriahkan  suasana  hari  raya  dan
     seterusnya  dapat  mengeratkan  lagi  hubungan
     silaturahim yang telah sekian lama terjalin.
                                       Walau  bagaimanapun,  terdapat  masalah  dalam
                         sosial budaya penduduk terutama mengenai adat resam
                         penduduk  yang  menjadi  amalan  mereka.  Bagi  kaum
                         Melayu,  adat  resam  sangat  penting  untuk  diamalkan
                         kerana  ianya  merupakan  salah  satu  warisan  keluarga.
                         Tetapi,  penduduk  pada  hari  ini  telah  melanggar
                         pantang  larang  tersebut  kerana  mereka  lebih  suka
                         mengikut cara moden dan kebaratan. Perkara pertama
                         dapat  dilihat  adalah  dari  aspek  sosial  kaum  wanita
                         sama  ada  dalam  pergaulan  mahupun  perhubungan.
                         Masyarakat  hari  ini  memandang  rendah  kepada
                         perhubungan  antara  lelaki  dan  wanita  kerana  mereka
                         beranggapan  bahawa  ianya  menunjukkan  tentang
                         kehebatan  sendiri  serta  terpengaruh  dengan  budaya
                         kuning.
               Kesimpulannya,  sosial  budaya  merupakan
     amalan  yang  sepatutnya  perlu  ada  dalam  setiap
     lapisan masyarakat. Hal ini kerana, pembangunan
     negara  hari  ini  juga  berlaku  akibat  daripada
     perubahan  sosial  budaya  penduduk.  Oleh  itu,
     sebagai masyarakat yang prihatin, kita hendaklah
     memandang  tinggi  kepada  peradaban  sosial
     budaya  Melayu  dengan  mengamalkannya  dalam
     kehidupan  seharian  supaya  tidak  ditelan  zaman               03
     untuk tatapan generasi akan datang.
   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12