Page 8 - E-majalah Pantang Larang Sesebuah Kaum di Malaysia
P. 8

4 . 0   A D A T   R E S A M   K A U M
                               M E L A Y U



                               Definisi adat ialah kebiasaan, resam, lembaga,
                               peraturan, hukum, norma yang dijunjung oleh
                                kelompok masyarakat. Dalam bahasa Melayu
                              lama, adat merujuk kepada undang-undang atau
                                hukum adat yang merangkumi bidang sosial,
                                  politik, ekonomi bahkan undang-undang
                             samudera. Resam pula merupakan peraturan yang
                               menjadi adat-adat yang dipakai turun temurun
                               adat peraturan atau adat yang biasa. Apa-apa
                                yang selalu dilakukan adalah tabiat dan juga
                                               kebiasaan.

                         Agama dan Istiadat Melayu pula
       berdasarkan sejarah, tamadun Melayu telah
    dimantapkan oleh agama Islam di mana Islam dan
        adat Melayu telah menjadi struktur penting
        Kemelayuan dan Ketamadunan Malaysia.
       Pengaruh tersebut berkekalan sehingga kini.
        Islam menjadi faktor dalam mendefinisikan
        Melayu. Islam menjadi agama Persekutuan
     Malaysia dan setiap Raja atau Sultan ialah ketua
       agama bagi setiap negeri dalam Persekutuan
     Malaysia. Adat melayu juga mempengaruhi cara
       berpakaian, jenis pakaian, pengucapan dan
                     tingkah laku.

                               Antara adat yang popular ialah adat di dalam
                                perkahwinan. Apabila telah ditetapkan hari
                                perkahwinan bermakna bermulalah pantang
                               larang buat bakal mempelai tersebut. Apa yang
                                ditetapkan harus diikuti untuk kebaikan diri
                               mereka. Ia bukanlah menjadi kewajiban tetapi
                               sudah menjadi satu budaya dalam masyarakat
                                 Melayu. Walaupun bakal pengantin zaman
                               sekarang jarang disebutkan perkara ini kepada
                               mereka, tidak rugi jika apa-apa pantang larang
                                 yang difikirkan sesuai masih boleh diikuti.
                                                                      04
   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13