Page 10 - e-Book Amali Biologi Persekitaran 1
P. 10
PERBINCANGAN :
Berdasarkan pemerhatian dan kaedah pengumpulan data yang dijalankan, kawasan A
mempunyai kepelbagaian dan bilangan makrofauna yang lebih banyak berbanding kawasan
B dengan Kawasan A mencatatkan bilangan 14 unit makrofauna yang terdiri daripada 6 spesis
atau kumpulan makrofauna yang berbeza manakala Kawasan B mencatatkan bilangan 7 unit
makrofauna yang terdiri daripada 5 spesis atau kumpulan makrofauna yang berbeza.
Perbezaan dari aspek kepelbagaian dan bilangan unit makrofauna yang ditemui di dua
kawasan tersebut menunjukkan lokasi terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada
keputusan pemerhatian yang dijalankan.
Antara faktor yang dikenal pasti adalah tahap naungan, kelembapan/kekeringan tanah,
kemampatan tanah dan tekstur tanah tersebut. Tahap naungan pada Kawasan A lebih tinggi
iaitu 90% berbanding dengan Kawasan B dengan tahap naungan sekitar 50-60% sahaja. Dari
aspek kelembapan/kekeringan tanah pula, kedua-dua kawasan mempunyai kelembapan
yang sama justeru menunjukkan faktor tersebut tidak memainkan peranan yang besar dalam
perbincangan ini. Faktor seterusnya yang memberi impak kepada perbezaan kepelbagaian
dan bilangan unit makrofauna ditemui adalah kepadatan tanah di kedua-dua kawasan
tersebut. Kawasan A mempunyai kepadatan tanah yang rendah berbanding Kawasan B.
Kepadatan disini merujuk kepada tekstur tanah tersebut. Kepadatan tanah yang rendah
membolehan hidupan-hidupan kecil membiak dan membina habitat mereka kerana
permukaan dan tekstur tanah yang lebih baik dan tidak terlalu padat.
Makrofauna dalam Sains Tanah merujuk kepada haiwan yang mempunyai ciri-ciri fizikal
seperti panjang yang bersamaan 1 cm atau lebih tetapi tidak melebihi kepanjangan cacing
tanah. Makrofauna tinggal dalam tanah; memainkan peranan penting membantu membina
dan menambahbaik pengaliran udara dalam tanah dalam masa yang sama memabntu
mengekalkan dan menyeimbangkan kandungan nutrien dalam tanah sesuatu kawasan
tersebut. Kebanyakan makrofauna menjadikan sisa-sisa tumbuhan mati dan bahan atau sisa
organik sebagai makanan atau sumber tenaga mereka. Beberapa contoh organisma dan
pernananya kepadatanah ditunjukkan dalam Jadual 5 dibawah.