Page 14 - e-Book Amali Biologi Persekitaran 1
P. 14
Pergerakan tenaga dalam jaringan makanan tersebut boleh disimpulkan seperti yang
ditunjukkan dalam rajah.
Rajah 11.0 Piramid aras
trof (tenaga)
Tumbuhan iaitu rumput berada pada kedudukan aras trof pertama kerana rumput
tersebut bertindak sebagai pengeluar dan kandungan tenaga adalah sangat tinggi (~100,000
kcal). Tenaga tersebut diperolehi melalui proses fotosintesis dan dimakan oleh pengguna
pertama yang berada pada aras trof kedua. Antara contoh pengguna pertama dalam kawasan
A adalah fungi dan bakteria yang akan memakan tumbuhan (rumput/bahan organic) dan
menggunakan tenaga (~10,000) tersebut untuk proses hidup seperti pertumbuhan dan
pembiakan. Seterusnya, pengguna pertama tersebut akan dimakan oleh pengguna kedua
yang berada pada aras trof ketiga. Antara contoh organisma pengguna kedua adalah
nematod yang terdiri daripada cacing tanah dan sebagainya. Tenaga yang diperolehi (~1000)
daripada pengguna pertama akan digunakan untuk proses hidup seperti organisma yang lain.
Pengguna kedua pula akan dimakan oleh pengguna ketiga yang berada pada aras trof
keempat seperti kumpulan antropod seeprti semut da kutu. Tenaga yang diperolehi (~100)
daripada pengguna kedua akan digunakan untuk pembiakan dan kelansungan dan proses
hidup yang lain. Dan yang terakhir berdasarkan jaringan makanan kawasan A dan B, yang
terleatk pada aras trof tertinggi adalah kumpulan pemangsa iaitu burung dan haiwan kecil.
Jumlah tenaga yang diperolehi adalah sedikit (~10) dan memerlukan kepada kuantiti mangsa
yang banyak. Semakin menaiki aras trof, jumlah tenaga yang dipindahkan dari aras yang lebih
rendah ke aras yang lebih tinggi berkurangan kerana tenaga tersebut telah digunakan oleh
organisma-orgnisma terdahulu pada setiap aras trof tenaga tersebut untuk menjalankan
proses-proses biokimia organisma dan juga tenaga tersebut turut dikeluarkan ke persekitaran
dalam bentuk haba.