Page 15 - e-Book Amali Biologi Persekitaran 1
P. 15
Apabila pemangsa atau pengguna teratas dalam sesuatu aras trof seperti burung dan
haiwan kecil mati, tenaga dan nutrien tidak dapat dipindahkan kepada organisma dalam
rantaiana makanan tersebut dalam erti kata lain tenaga tersebut telah hilang. Dalam masa
yang sama, makrofauna seperti ulat dan bakteria memainkan peranan mereka sebagai
pengurai semula jadi dengan menguraikan bangkai pemangsa tersebut. Haiwan perosak
yang lain akan memakan bangkai tersebut. Dalam situasi tersebut, kehilangan tenaga melalui
bangkai tersebut mencapai kira-kira ~85% dan ianya perlu digantikan melalui proses
fotosintesis oleh tumbuhan sebagai pengeluar utama dalam sesuatu rantai dan jaringan
makanan. Ianya merupakan suatu fenomena dan proses semulajadi dan akan sentiasa
berlaku berulang kali yang juga merupakan suatu indikator penting bahawa sesuatu
ekosistem tersebut berfungsi atau saling berinteraksi dalam memastikan keseimbangan
ekosistem sentiasa terjaga.
Dalam suatu kajian yang lebih meluas, kehilangan pemangsa dalam sesuatu
ekosistem menyebabkan berlakunya beberapa kesan seperti pertambahan populasi yang
mendadak dan tidak terkawal. Dalam situasi kawasan A, apabila burung mati, jumlah dan
bilangan semut atau kumpulan antropod yang lain akan bertambah dan boleh menyebabkan
berlakunya kekurangan makanan iaitu nematod berkurangan disebabkan banyaknya bilangan
antropod. Justeru, kematian pemangsa dalam sesuatu jaringan makanan merupakan suatu
perkara yang sangat kompleks dan memberikan kesan yang signifikan kepada sesuatu
ekosistem.
KESIMPULAN
Terdapat pelbagai jenis makrofauna yang boleh diperhatikan pada tanah. Terdapat
pelbagai elemen yang memainkan peranan penting menjadikan tanah tersebut didiami
pelbagai jenis makrofauna yang setiap satunya mempunyai peranan dan fungsinya, secara
langsung dan tidak langsung, kepada ekosistem mereka. Kepelbagaian yang terdapat pada
sesuatu kawasan tersebut turut bergantung kepada kandungan nutrien dan dan faktor-faktor
lain menjamin kepelbagaian makrofauna biota tanah tersebut. Kawasan A mempunyai lebih
banyak bilangan makrofauna berbanding Kawasan B.