Page 13 - e-Book Amali Biologi Persekitaran 1
P. 13

Dalam gambar rajah di atas menunjukkan jaringan makanan yang boleh dikenal pasti dan
               diperhatikan di kawasan tanah. Dalam kawasan A, rantai makan yang dapat diperhatikan

               adalah seperti berikut;

                            i.  Tumbuhan – Fungi – Nematod (anak cacing/ cacing/larva tanah) – Artropod

                                (Semut/ kutu) – Burung
                            ii.  Tumbuhan – Bahan organik – Bakteria – Nematod (anak cacing/cacing/larva
                                tanah) – Artropod (semut/kutu) – Burung


               manakala dalam kawasan B adalah seperti berikut;

                            i.  Akar kecil – Fungi – Nematod (cacing tanah) – Artropod (semut) – Burung.

                       Dengan merujuk gambar rajah dia atas dan rantaian makanan daripada kawasan A

               dan kawasan B, pengeluar pertama adalah tumbuhan iaitu rumput. Rumput merupakan salah
               satu organisma biosis yang merupakan organsima yang mampu menghasilkan makan sendiri

               atau dengan memakan organisma lain. Rumput menghasilkan makan sendiri melalui proses
               fotosintesis  dengan  kehadiran  klorofil  dalam  daun  dan  batang  rumput  yang  berfungsi
               memerangkap cahaya matahari untuk menjalankan proses fotosintesis tersebut. Makanan

               yang dihasilkan seperti glukosa akan digunakan untuk  tujuan pertumbuhan dan proses hidup
               yang lain manakala oksigen pula di dibebaskan ke udarra untuk kegunaan organisma ynag
               lain.


                       Pengguna primer  daripada  rantai  makanan  kawasan  A  (i)  adalah  fungi.  Pengguna
               sekunder  pula  adalah  kumpulan  Nematod  iaitu  anak  cacing,  cacing  dan  larva  tanah.

               Pengguna tertier pula terdiri daripada organisma kumpulan arthropod seperti semut dan kutu.
               Dan akhir sekali adalah pemangsa sebagai pengguna terakhir seperti burung dan haiwan-
               haiwan  kecil.  Rantai  makan  ini  menunjukkan  satu  siri  jaringan  organisma  dalam  suatu

               ekosistem yang dihubungkan kepada organisma yang lain melalui pemindahan tenaga atau
               pengaliran  tenaga  terutamanya  melalui  proses  konsumasi  atau  pemakanan  mangsa-
               pemangsa. Dalam sesuatu kawasan seperti kawasan A, terdapat lebih daripada satu rantaian

               makanan  yang  seterusnya  membentuk  satu  jaringan  makanan  yang  lebih  besar  terdiri
               daripada  pelbagai  organisma  dalam  sesuatu  ekosistem  tersebut  dan  ianya  adalah  sistem
               yang lebih kompleks berbanding rantaian makanan.
   8   9   10   11   12   13   14   15   16   17