Page 7 - TATABAHASA
P. 7
LATIHAN SPM 14
Tukarkan ayat-ayat aktif berikut kepada ayat pasif.
1. Mimi membuat bunga telur itu untuk majlis perkahwinannya.
Bunga telur itu dibuat oleh Mimi untuk majlis perkahwinannya.
2. Halim membawa beg pakaian yang besar ke Sarawak.
Beg pakaian yang besar dibawa oleh Halim ke Sarawak.
3. Anda mesti makan buah-buahan ini sehingga habis.
Buah-buahan ini mesti anda makan sehingga habis.
4. Saya menaiki kereta api itu untuk menziarahi nenek saya di Singapura.
Kereta api itu saya naiki untuk menziarahi nenek saya di Singapura.
5. Peserta gimnastik Austria menggulingkan badannya di atas lantai semasa pertandingan itu.
Badan peserta gimnastik Austria itu digulingkan di atas lantai semasa pertandingan itu.
LATIHAN SPM 15
Tukarkan ayat-ayat aktif berikut kepada ayat pasif.
1. Kerbau jantan yang liar itu merosakkan kebun pisang ayah saya.
Kebun pisang ayah saya dirosakkan oleh kerbau jantan yang liar itu.
2. Beberapa pelajar telah mengalami kecederaan teruk sewaktu kebakaran asrama itu.
Kecederaan teruk telah dialami oleh beberapa pelajar sewaktu kebakaran asrama itu.
3. Pengarah syarikat itu mengingatkan semua anak buah beliau agar sentiasa berbudi bahasa sewaktu
melayani pelanggan mereka.
Semua anak buah syarikat itu diingatkan oleh pengarahnya agar sentiasa berbudi bahasa sewaktu
melayani pelanggan mereka.
Semua anak buah beliau diingatkan oleh pengarah syarikat itu agar sentiasa berbudi bahasa
sewaktu melayani pelanggan mereka.
4. Sekolah kami telah mengadakan Karnival Keusahawanan beberapa hari yang lepas.
Karnival Keusahawanan telah diadakan oleh sekolah kami beberapa hari yang lepas.
5. Belia hari ini perlu menguasai teknologi maklumat sesuai dengan kehendak wawasan negara.
Teknologi maklumat perlu dikuasai oleh belia hari ini sesuai dengan kehendak wawasan negara.
7