Page 6 - TATABAHASA
P. 6

LATIHAN SPM 12.
                   Tukarkan ayat-ayat aktif berikut kepada ayat pasif.

                       1.  Kita seharusnya memperkemas diri kita dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran agar dapat
                          bersaing dengan bangsa lain.
                          Ilmu pengetahuan dan kemahiran harus kita perkemaskan agar diri kita dapat bersaing dengan
                          bangsa lain.

                       2.  Pesuruhjaya sumpah itu memperakukan segala dokumen yang diserahkan kepadanya sebelum
                          dihantar ke mahkamah.
                          Segala dokumen yang diperakukan oleh Pesuruhjaya sumpah itu sebelum dihantar ke mahkamah.

                       3.  Ah Meng telah menangkap ikan patin di sungai itu.
                          Ikan patin telah ditangkap oleh Ah Meng di sungai itu.

                       4.  Mei Ling menggondol tempat pertama dalam acara merentas desa.
                          Tempat pertama digondol oleh Mei Ling dalam acara merentas desa.

                       5.  Beberapa kilang yang beroperasi di sepanjang sungai itu telah membuang sisa toksik ke dalam
                          sungai  untuk menjimatkan kos operasi mereka.
                          Sisa toksik telah dibuang ke dalam sungai oleh beberapa kilang yang beroperasi di sepanjang
                          sungai itu untuk menjimatkan kos operasi mereka.


                   LATIHAN SPM 13
                   Tukarkan ayat-ayat aktif berikut kepada ayat pasif.

                       1.  Pihak guru sahaja tidak mampu mengawal pelajar-pelajar yang merokok jika ibu bapa tidak
                          mengambil berat terhadap anak mereka.
                          Pelajar-pelajar yang merokok tidak mampu dikawal oleh pihak guru sahaja jika ibu bapa tidak
                          mengambil berat terhadap anak mereka.

                       2.  Shafiq mengajak Wan menyaksikan  perlawanan bola sepak yang berlangsung pada malam ini.
                          Wan diajak oleh Shafiq menyaksikan perlawanan bola sepak yang berlangsung pada malam ini.

                       3.  Asap tebal menyelubungi seluruh daerah itu selama beberapa jam akibat kebakaran kilang mercun.
                          Seluruh daerah itu diselubungi oleh asap tebal selama beberapa jam akibat kebakaran kilang
                          mercun.

                       4.  Tujuan kami mengadakan program ini adalah untuk meningkatkan prestasi pencapaian akademik
                          pelajar tahun ini.
                          Program ini kami adakan bertujuan untuk meningkatkan prestasi pencapaian akademik pelajar
                          tahun ini.

                       5.  Beliau sentiasa memberi sokongan terhadap usaha yang kami lakukan.
                          Sokongan terhadap usaha yang kami lakukan sentiasa diberikan sokongan oleh beliau.












                                                              6
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11