Page 4 - TATABAHASA
P. 4

LATIHAN SPM 8
                   Tukarkan ayat-ayat aktif berikut kepada ayat pasif.

                       1.  Guru disiplin menahan pelajar itu selepas pehimpunan kerana melanggar peraturan sekolah.
                          Pelajar itu ditahan oleh guru disiplin selepas perhimpunan kerana melanggar peraturan sekolah.

                       2.  Ibu bapa perlu menerapkan nilai-nilai murni kepada anak sejak kecil lagi.
                          Nilai-nilai murni perlu diterapkan oleh ibu bapa kepada anak sejak kecil lagi.

                       3.  Guru Bahasa Melayu menghadiahi pelajar itu sebatang pen setelah berjaya memperoleh A dalam
                          peperiksaan percubaan SPM.
                          Pelajar itu dihadiahi oleh guru Bahasa Melayu sebatang pen setelah berjaya memperoleh A
                          dalam peperiksaan percubaan SPM.

                       4.  Polis telah menangkap penculik kanak-kanak itu pada pagi tadi.
                          Pendulik kanak-kanak itu telah ditangkap oleh polis pada pagi tadi.

                       5.  Kamu mestilah mematuhi undang-undang negara agar hidup kita aman.
                          Undang-undang negara mestilah kamu patuhi agar hidup kita aman.


                   LATIHAN SPM  9
                   Tukarkan ayat-ayat aktif berikut kepada ayat pasif.

                       1.  Mereka ke sekolah dengan menaiki bas.
                          Bas dinaiki oleh mereka ke sekolah.

                       2.  Pihak berkuasa telah berjaya membanteras aktiviti pembalakan haram itu.
                          Aktiviti pembalakan haram itu telah berjaya dibanteras oleh pihak berkuasa.

                       3.  Kerajaan telah mengambil beberapa langkah untuk membantu pengusaha industri kecil itu.
                          Beberapa langkah telah diambil oleh kerajaan untuk membantu pengusaha industri kecil itu.

                       4.  Ketua kampung menegur sikap Karim dan Derus yang suka menghabiskan masa di warung.
                          Sikap Karim dan Derus ditegur oleh ketua kampung yang suka menghabiskan masa di warung.
                          Sikap Karim dan Derus yang suka menghabiskan masa di warung ditegur oleh ketua kampung.

                       5.  Penduduk setempat mempertikaikan keputusan untuk membina tapak pelupusan sampah.
                          Keputusan untuk membina tapak pelupusan sampah dipertikaikan oleh penduduk setempat.



















                                                              4
   1   2   3   4   5   6   7   8   9