Page 1 - TATABAHASA
P. 1
TATABAHASA
(MENUKARKAN AYAT AKTIF KEPADA AYAT PASIF)
PANDUAN KEPADA GURU
LATIHAN SPM 1
Tukarkan ayat-ayat aktif berikut kepada ayat pasif.
1. Puan Azizah telah memarahi Azmi kerana memecahkan pasu bunga.
Azmi telah dimarahi oleh Puan Azizah kerana memecahkan pasu bunga.
2. Ibu bapa harus mengawasi tingkah laku anak-anak supaya mereka tidak tersalah langkah.
Tingkah laku anak-anak harus diawasi oleh ibu bapa supaya mereka tidak tersalah langkah.
3. Puan Sarah menghadiahi Atiqah sebuah kereta Kancil setelah lulus dalam ujian memandu.
Setelah lulus dalam ujian memandu, Atiqah dihadiahi oleh Puan Sarah sebuah kereta Kancil.
Atiqah dihadiahi oleh Puan Sarah sebuah kereta Kancil setelah lulus dalam ujian memandu.
4. Ayah saya menyambut kedatangan birasnya yang baru tiba dari Sabah.
Kedatangan biras ayah saya yang baru tiba dari Sabah disambut oleh ayah.
5. Dia mendayung sampan itu dengan laju dengan harapan untuk mendapat tempat pertama dalam
pertandingan tersebut.
Sampan itu didayung olehnya dengan laju dengan harapan untuk mendapat tempat pertama
dalam pertandingan tersebut.
LATIHAN SPM 2
Tukarkan ayat-ayat aktif berikut kepada ayat pasif.
1. Saya membeli rumah mewah di atas bukit itu dengan duit titik peluh saya sendiri.
Rumah mewah di atas bukit itu saya beli dengan duit titik peluh saya sendiri.
2. Ibu Anita membuat kuih bahulu yang sedap itu sempena hari lahir Kalsom.
Kuih bahulu yang sedap itu dibuat oleh ibu Anita sempena hari hari lahir Kalsom.
3. Mereka menyusun kerusi-kerusi itu di padang sebelum acara sukan bermula.
Kerusi-kerusi di padang itu disusun oleh mereka sebelum acara sukan bermula.
Kerusi-kerusi itu disusun oleh mereka di padang sebelum acara sukan bermula.
4. Semua pelajar sudah membaca buku cerita yang terdapat di perpustakaan.
Buku cerita yang terdapat di perpustakaan sudah dibaca oleh semua pelajar.
5. Saya selalu memasang lampu di hadapan rumah sebelum tidur.
Lampu di hadapan rumah selalu saya pasang sebelum tidur.
LATIHAN SPM 3
Tukarkan ayat-ayat aktif berikut kepada ayat pasif.
1. Kamu perlu membereskan kerja yang diberikan oleh guru sebelum pulang nanti.
Kerja yang diberikan oleh guru perlu kamu bereskan sebelum pulang nanti.
1