Page 2 - TATABAHASA
P. 2

2.  Ali telah mengambil buku itu semalam.
                          Buku itu telah diambil oleh Ali semalam.

                       3.  Saya sudah menyelesaikan tugasan itu semalam.
                          Tugasan itu sudah saya selesaikan semalam.

                       4.  Ayah memarahi Kamal kerana pulang jauh malam.
                          Kamal dimarahi oleh ayah kerana pulang jauh malam.

                       5.  Kakak mencuci pakaian kotor di bilik air.
                          Pakaian kotor dicuci oleh kakak di bilik air.


                   LATIHAN SPM 4
                   Tukarkan ayat-ayat aktif berikut kepada ayat pasif.

                       1.  Saya telah mengirimi adik wang saku untuk keperluannya  belajar di luar negara.
                          Wang saku adik telah saya kirim untuk keperluannya belajar di luar negara.
                          Adik telah saya kirimi wang saku untuk keperluannya belajar di luar negara.

                       2.  Ayah menghadiahi emak seutas rantai emas sempena ulang tahun perkahwinan mereka.
                          Emak dihadiahi oleh ayah seutas rantai emas sempena ulang tahun perkahwinan mereka.

                       3.  Anda patut menyelesaikan tugas itu sekarang juga.
                          Tugas itu patut anda selesaikan sekarang juga.

                       4.    Beliau  menyandang jawatan yang sangat penting dalam organisasi tersebut.
                          Jawatan yang sangat penting dalam organisasi tersebut disandang oleh  beliau.
                          Jawatan yang sangat penting disandang oleh beliau dalam organisasi tersebut

                       5.   Kakak memasukkan sedikit garam ke dalam gulai yang sangat saya gemari.
                          Sedikit garam dimasukkan oleh kakak ke dalam gulai yang sangat saya gemari.


                   LATIHAN SPM 5
                   Tukarkan ayat-ayat aktif berikut kepada ayat pasif.

                       1.  Pengetua mengarahkan guru-guru memantau aktiviti pelajar pada waktu petang.
                          Guru-guru diarahkan oleh pengetua memantau aktiviti pelajar pada waktu petang.

                       2.  Saya  mengangkat beg besar itu masuk ke bilik hotel dengan segera.
                          Beg besar itu saya angkat masuk ke bilik hotel dengan segera.

                       3.  Anda mesti menghadiri kursus itu untuk meningkatkan kemahiran anda.
                          Kursus itu mesti anda hadiri untuk meningkatkan kemahiran anda.

                       4.   Ali menemui buku itu di dalam beg pakaian.
                          Buku itu ditemui oleh Ali di dalam beg pakaian.

                       5.  Anda perlu mengelakkan perbuatan mencuri kerana perbuatan itu berdosa.
                          Perbuatan mencuri  perlu anda elakkan kerana perbuatan itu berdosa.







                                                              2
   1   2   3   4   5   6   7