Page 2 - Seminar Isu Semasa – Multimedia (2020)
P. 2

Seminar Isu Semasa – Multimedia (2020)


                       Grafik adalah tulang belakang dalam menghasilkan sesuatu produk multimedia khususnya. Penggunaan
               grafik memerlukan perisian multimedia dan faham cara untuk menggunakkan dan merealisasikan sesuatu grafik
               dengan lebih mudah dan berkesan. Dalam membentuk suatu grafik yang menarik elemen-elemen multimedia

               sangat penting untuk diketahui ia terdiri daripada beberapa elemen iaitu gambar, fotografi, animasi, video dan
               audio. Grafik juga boleh dibangunkan menggunakan software seperti adobe illustrator dan adobe photoshop.

                       Dalam  penggunaan  grafik  juga  ia  dapat  menerangkan  konsep  yang  digunakan  dalam  merialisasikan
               sesuatu  penyampaian  seperti  pembikinan  poster.  Selain  itu,  dalam  penggunaan  grafik  juga  ia  dapat
               mengilustrasikan  dan  menghuraikan  carta  seperti  contoh  pelajar  dapat  menghasilkan  infografik  yang  lebih
               menarik berbanding peta minda. Oleh itu, grafik dalam multimedia adalah perkara yang sangat penting dimana

               kita  mempelajari  kesesuaian  untuk  membuat  suatu  illustrasi  atau  suatu  gabungan  elemen  dalam  multimedia
               khususnya.

                       Kamus Dewan (2002) memberi makna multimedia sebagai kata gabungan yang menunjukkan banyak
               dan kepelbagaian alat atau perantara komunikasi ataupun perhubungan. Perkataan multimedia adalah berasal dari
               perkataan ‘multi’ dan ‘media’. Multi adalah merujuk kepada banyak manakala media merujuk kepada peralatan
               yang digunakan. Dalam multimedia terbahagi kepada beberapa elemen pula antaranya ialah teks, foto, audio,
               animasi dan audio (Norhayati Abd Mukti & Siew Pei Hwa, 2004). Elemen tersebut digabungkan dan menjadi

               suatu  alat  penyampaian  secara  liner  mahupun  interaktif.  Oleh  itu,  dengan  adanya  elemen  tersebut  sesuautu
               penyampaian  akan  lebih  berkesan  dimana  penglihatan,  pendengaran,  dan  pergerakan  dapat  dirasai  melalui
               pancaindera manusia.

                       Seterusnya,  isu  tentang  pendedahan  awal  kepada  pelajar  sekolah  rendah  mengenai  perisian  aplikasi
               dalam  penghasilan  produk  multimedia  perlu  diketengahkan  kerana  ia  mempunyai  kesan  baik  yang  mungkin
               diklasifikasikan sebagai suatu pendedahan yang boleh memberangsangkan pembesaran pelajar sekolah rendah.

               Secara tidak langsung, jika isu ini dapat diusulkan sehingga dibaik pulih keberkesanannya mungkin ransangan
               kepada negara Malaysia untuk mencapai negara maju seperti negara lain. Hal ini kerana, jika diberi pendedahan
               awal  kepada  kanak-kanak  mereka  dapat  menanam  minat  yang  mendalam  dalam  bidang  multimedia  dan
               menjadikan negara antara pengeluar produk multimedia yang lebih maju, kreatif dan setaraf dengan negara maju
               yang lain.

               PERISIAN APLIKASI

                       Menurut  Mohd  Hanafiah  (2012)  Perisian  aplikasi  yang  menggunakan  keupayaan  komputer  secara

               langsung dan sepenuhnya bagi melaksanakan tugasan yang diingini pengguna dan ianya, mempunyai pelbagai
               jenis variasi perisian mengikut kehendak penggunaan.Perisian aplikasi juga dikenali sebagai program pengguna
               akhir  ianya  seperti  program  pemproses  perkataan,hamparan  elektronik  dan  perisian  persembahan.Beberapa
               perisian aplikasi disekalikan menjadi satu pakej yang kadangkala dikenali sebagai suite aplikasi.Sebagai contoh,
               Microsoft  Office  dan  Openoffice.org  yang  menggabungkan  sekali  pemproses  perkataan,  helaian  kerja,  dan
               beberapa perisian penggunaan kecil.Perisian aplikasi yang berasingan dalam satu a suite biasanya mempunyai

               antaramuka  pengguna  yang  mempunyai  persamaan  dan  ianya,  menjadi  lebih  mudah  bagi  pengguna  bagi
               mempelajari dan menggunakan setiap perisian aplikasi.




                                                            2
   1   2   3   4   5   6   7