Page 3 - Seminar Isu Semasa – Multimedia (2020)
P. 3

Seminar Isu Semasa – Multimedia (2020)


                       Selain itu, terdapat beberapa fungsi tentang penggunaan perisian aplikasi. Perisian aplikasi merupakan
               perisian komputer yang direka bagi membantu pengguna melaksanakan sesuatu tugasan dan ianya, bergantung
               kepada reka bentuk kerja yang dijalankan.Pemilihan perisian aplikasi bergantung kepada keperluan dan fungsi

               yang  ingin  dilaksanakan.Perisian  aplikasi  mampu  mengendali  teks,  nombor,  grafik,  atau  menggabungkan
               kesemua  unsur  tersebut.Antara  fungsi  perisian  aplikasi  ialah  menulis  surat,  membuat  dokumen,  pengiraan,
               menyusun data, penerbitan majalah dan sebagainya.

                       Seterusnya, pengkaji menekankan beberapa perisian aplikasi yang boleh digunakan untuk pendedahan
               awal terhadap pelajar sekolah rendah antaranya ialah perisian adobe photoshop. Illustrator, priemere pro, dan
               adobe  animate.  Terdapat  juga  perisian  adobe  yang  lain  seperti  adobe  dreamweare,  encoder,  indesign  dan

               lightroom. Setiap pengguanaan perisian tersebut ada fungsinya. Antara salah satu contoh perisian photoshop.
               Perisian tersebut diguna pakai untuk penyuntungan fotografi. Dimana penyuntingan tersebut dilakukan untuk
               menjadikan gambar lebih  berkualiti  dan  lebih menarik disamping mampu memanipulasikan  gambar  tersebut.
               Berbeza pula dengan adobe priemere pro, kegunaan adobe premiere pula adalah digunakan untuk penyuntingan
               video seperti yang digunakan pakai oleh produksi perfileman pada masa kini.

                       Oleh itu, penekanan untuk penggunaan perisian tersebut dari awal persekolahan adalah penting kerana
               permintaan  untuk  kerjaya  tersebut  sangat  tinggi  disamping  dapat  membantu  mereka  lebih  mengenali  dan

               memahami cara penggunaan dengan lebih awal.

               PERMASALAHAN KAJIAN

                       Pengkaji mengenalpasti tentang permasalahan mengenai tajuk yang dibincangkan dan menghuraikan
               beberapa permasalahan. Pada masa kini pembelajaran yang dijalankan di peringkat sekolah rendah masih berada
               di takuk yang lama. Jadi suasana pembelajaran menjadikan mereka lebih cepat bosan dan mengalihkan perhatian
               kearah lain. Pembelajaran yang dilakukan hanya berdasarkan teori yang dirujuk melalui buku. Penggunaan buku
               itu  sendiri  merupakan  suatu  Teknik  pembelajaran  yang  lama  yang  mungkin  perlu  digantikan  dengan  buku

               elektronik.  Ia  menjadikan  susasana  lebih  menarik  kerana  elemen  multimedia  mebantu  pelajar  mencintai
               pembelajaran di peringkat awal usianya.

                       Permasalahan seterusnya, perisian aplikasi yang digunakan untuk pembelajaran adalah perisian yang
               tidak  sama  seperti  pelajar  sekolah  menengah  dan  pelajar  universiti  gunakan.  Perisian  yang  dipelajari  adalah
               perisian asas dalam komputer seperti “Microsoft word” dan sebagainya. Perisian tersebut boleh dipelajari sendiri
               kerana penggunaannya terlalu asas dan mudah. Oleh itu, pembelajaran mengenai perisian perlu digantikan dengan

               perisian  yang  setaraf  dengan  kehendak industri masa kini supaya mereka  dapat  pendedahan  awal  di  peringat
               usianya secara tidak langsung menjadikan mereka lebih kreatif dalam bidang multimedia.

                       Selain itu, kurangnya pendedahan awal dari kalangan ibu bapa. Ibu bapa adalah pendorong utama dalam
               pembesaran kanak-kanak. Ibu bapa tidak mendedahkan tentang kewujudan perisian yang boleh anak-anak mereka
               gunakan  untuk  mencurahkan  idea  kreatif  mereka  dalam  menghasilkan  suatu  karya  seni  dalam  bidang  grafik
               khususnya. Ibu bapa hanya menfokuskan pelajaran anak-anak mereka melalui buku teks sahaja wal hal mengikut
               peredaran zaman yang semakin maju dengan teknologi pembelajaran secara maya lebih efektif dan mungkin lebih

               memberi rangsangan kepada kana-kanak di awal usianya.



                                                            3
   1   2   3   4   5   6   7   8