Page 5 - Seminar Isu Semasa – Multimedia (2020)
P. 5

Seminar Isu Semasa – Multimedia (2020)


               KEBAIKAN PENGGUNAAN PERISIAN APLIKASI

                       Dalam sektor pendidikan, pengenalan tentang aplikasi terhadap pelajar-pelajar telah memperkenalkan
               sebuah kaedah pembelajaran yang baharu yang mana terdapat permainan yang menyeronokkan yang menarik
               perhatian  pelajar  untuk  memahami  beberapa  perkara  dari  pelbagai  sudut  perspektif  (Samual  Roy,  2017).

               Pembelajaran adalah merupakan proses yang berterusan yang mana pelajar dapat belajar hanya dengan mengklik
               aplikasi tersebut.  Selain  itu,  pelajar lebih cenderung  untuk belajar  secara  atas  talian kerana terdapat  pelbagai
               rujukan dan buku yang telah tersedia dalam sesebuah aplikasi. Menurut (Smith Big, 2018) dengan perkembangan
               internet di seluruh dunia, pelajar dan guru mudah membawa peranti mudah alih kemana sahaja kerana telefon
               pintar atau komputer tablet dapat menyimpan lebih beribu buku e-book. Perkara ini juga turut disokong oleh

               (Rishikesh Shinde,n.d.) yang mana beliau menyatakan bahawa aplikasi mudah alih tiada batasan masa untuk
               pelajar belajar dimana atau bila-bila masa sahaja tanpa kerumitan.

               CADANGAN DAN KESIMPULAN

                       Pengkaji telah menilai dari beberapa aspek dan pengkaji mencadangkan untuk mewujudkan suatu keadah
               pembelajaran  yang lebih mendalam  dalam penggunaan perisian  aplikasi  yang  setaraf  dengan  pelajar  sekolah
               menengah dan univerisiti. Pengkaji mencadangkan untuk mencipta suatu perisian aplikasi yang lebih mudah untuk
               digunakan terhadap pelajar sekolah rendah dalam penghasilan produk multimedia seperti perekaan grafik. Secara
               tidak langsung, pendedahan awal yang dilakukan ini dapat memberi rangsangan terhadap mereka di peringkat

               awal usianya dan dapat melahirkan insan yang lebih kreatif dalam penghasilan produk multimedia

                       Secara kesimpulannya, terdapat banyak kebaikan yang boleh diperolehi tentang pendedahan awal ini.
               Galakan atau dorongan ibu bapa dan guru menjadi titik permulaan untuk permasalahan ini diselesaikan. Hal ini
               kerana, kesan kepakaran dalam penggunaan perisian tersebut akan memberi impak positif dalam meneraju kearah
               negara maju dalam penghasilan produk multimedia setaraf dengan permintaan dalam industri dunia. Selain dapat
               memupuk  minat  dalam  bidang multimedia  secara  tidak  langsung mereka  juga  dapat menguasai ilmu  tentang

               penggunaan perisian tersebut sehingga kea lam pekerjaan. Hal ini kerana, terdapat segelintir individu mendapat
               pendedahan penggunaan tersebut setelah mereka di alam universiti. Oleh itu, kita diberi peluang dan ruang untuk
               menguasai sesuatu bidang tanpa batasan.





















                                                            5
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10