Page 8 - Seminar Isu Semasa – Multimedia (2020)
P. 8
Seminar Isu Semasa – Multimedia (2020)
1. PENGENALAN
Syarikat Taliworks Langkawi Sdn. Bhd. memulakan perkhidmatan bekalan air pada jam 10.00 pagi
sehingga jam 10. 00 malam. Syarikat ini menjalankan perniagaan setiap hari mengikut jadual
perkhidmatan yang telah ditetapkan oleh pihak atasan. Sebelum menjalankan perkhidmatan bekalan air,
staf di pejabat akan memulakan kerjanya dengan menyemak segala aduan dan masalah yang dihadapi
oleh masyarakat setempat yang berkaitan dengan masalah bekalan air. Masalah yang sering diadukan
ialah masalah kebocoran paip, air yang kurang bersih, paip bawah tanah yang bermasalah dan
sebagainya. Bahagian pejabat perlu peka dengan makluman dan aduan tersebut bagi memudahkan urusan
pekerjaan dan layanan terhadap pelanggan akan lebih terjaga. Hal ini turut melibatkan imej syarikat besar
itu kerana para pekerja di situ menitikberatkan kepuasan hati pelanggan dan imej syarikat yang menjadi
induk dan tumpuan ramai. Di bahagian pejabat juga akan mengemaskini segala maklumat seperti
keuntungan syarikat dan kerugian. Seperti yang dimaklumkan, jika mempunyai kebocoran paip di
kawasan jalan raya dapat menambahkan keuntungan syarikat kerana melibatkan dengan pihak kerajaan
yang lain. Selain itu, kerja-kerja pembaiki paip ini dilakukan oleh bahagian operasi yang selalunya
dilakukan oleh pekerja lelaki kerana kerja pembaikan paip ini agak lasak dan memerlukan tenaga yang
banyak. Di dalam syarikat Taliworks Langkawi Sdn Bhd disediakan komputer dan inisiatif yang
secukupnya bagi memudahkan pekerja menguruskan segala data dan maklumat di laman web syarikat
tersebut.
1.1 LAMAN WEB
Pembangunan laman web adalah proses konsep, perancangan, pemodelan dan penyampaian kandungan
media melalui internet menggunakan teknologi berkaitan yang dapat difahami dan dipapar semula oleh
pelayar web atau antaramuka pengguna grafik berasaskan web yang lain. Matlamat pembangunan laman
web adalah untuk membina laman web yang menyampaikan kandungan kepada pengguna lain dalam
bentuk mukasurat laman. Elemen elemen seperti teks, borang dan grafik boleh dimuatkan dalam setiap
mukasurat menggunakan tag-tag HTML, XHTML atau XML. Secara amnya laman web diklasifikasikan
sebagai statik dan dinamik. Kandungan dan susun atur mukasurat statik hanya boleh dikemaskini oleh
secara manual oleh pembina laman web. Manakala muka surat dinamik sentiasa berubah kandungan dan
atau penampilannya bergantung kepada input pengguna atau interaksi atau perubahan dalam persekitaran
pengkomputeran (masa, modifikasi pengkalan data dan sebagainya).
Web Browser adalah sebuah program yang digunakan sebagai tempat untuk melayari internet atau untuk
mencari informasi. Contoh Web browser ialah seperti Google Chrome, Mozilla Firefox, Opera, Safari
dan Internet Explorer. Pelayar web kini menyokong penggunaan pelbagai bahasa seperti HTML termaju,
CSS, Java, Visual Basic, Audio Video, Persidangan Web dan sebagainya. Web Server adalah sebuah
8