Page 13 - Seminar Isu Semasa – Multimedia (2020)
P. 13
Seminar Isu Semasa – Multimedia (2020)
1. Pengenalan
Pada masa kini, bidang pendidikan telah menunjukkan perbezaan yang amat ketara daripada sistem
pendidikan sebelum ini. Perubahan dalam bidang ini dapat kita lihat dari segi penggunaan kaedah pembelajaran
iaitu dengan menggunakan kaedah pembelajaran berasaskan penggunaan teknologi yang semakin lama semakin
maju. Teknologi dalam pendidikan merujuk kepada kemahiran dan teknik yang perlu ada pada seseorang tenaga
pengajar bagi memastikan pendidikan tersebut dapat memberi kebaikan kepada pelajar serta mudah untuk mereka
menerima apa yang diajari. Seperti yang kita tahu, bidang multimedia merupakan antara bidang yang paling dekat
dengan masyarakat. Oleh itu, jika tenaga pengajar menggunakan elemen multimedia dalam sesi pengajaran, sudah
pasti ianya mampu memberi impak positif serta kesan yang baik kepada pelajarnya. Terdapat pelbagai kelebihan
jika tenaga pengajar menggunakan perisian multimedia dalam proses pengajaran. Antaranya adalah dapat
memudahkan proses pengajaran didalam kelas. Ini bermakna, ianya juga turut dapat memudahkan para pelajar
dalam proses pembelajaran iaitu dari segi penerimaan bagi setiap perkara yang diajar kerana ianya lebih merujuk
kepada perkara-perkara penting dalam topik yang ingin disampaikan oleh tenaga pengajar. Disamping itu, ianya
juga dapat menjimatkan masa kerana tenaga pengajar tidak perlu menerangkan sesuatu perkara dengan begitu
lama. Seperti yang kita tahu, masyarakat pada masa kini lebih cenderung menggunakan gajet dan teknologi dalam
kehidupan seharian. Ianya juga tidak terkecuali turut digunakan oleh golongan pelajar. Multimedia juga adalah
sebahagian daripada teknologi maklumat dan komunikasi yang dapat meningkatkan kualiti hubungan dalam
kehidupan manusia. Jadi, dengan menggunakan perisian multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran sudah
semestinya dapat mengatasi masalah-masalah yang tidak diingini seperti dapat mengelakkan para pelajar daripada
berasa bosan. Selain itu, penggunaan perisian multimedia ini turut dapat meningkatkan tahap fokus mereka
terhadap pengajaran dan seterusnya dapat meningkatkan minat mereka terhadap pembelajaran yang dijalankan.
1.1 Multimedia
Multimedia merupakan proses komunikasi yang bersifat interaktif yang berasaskan kepada
teknologi komputer yang menggabungkan pelbagai elemen seperti teks, audio, grafik, animasi dan
video dalam menyampaikan maklumat. Multimedia juga merujuk kepada penggunakan teknologi
komputer yang tugasnya untuk mencipta, menyimpan dan menggunakan data yang ada. Definisi
multimedia juga turut disokong oleh (Penny Loretto, 2018) yang menyatakan bahawa kecanggihan
teknologi bermula daripada multimedia yang mempunyai ciri-ciri interaktif untuk
mempersembahkan teks, bunyi, video dan animasi.interaktif melalui multimedia memainkan
peranan yang penting dalam mengembangkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran kea rah yang
lebih dinamik dan bermutu. Oleh itu, penggunaan multimedia ini sudah semestinya dapat memberi
perubahan kepada kaedah mengajar selain dapat juga membantu para pelajar daripada terus
menghadapi pelbagai kekeliruan, salah tafsiran, berasa bosan dan sebagainya. Dengan menggunakan
kaedah ini juga dapat memberi pengalaman yang baharu kepada pelajar kerana seperti yang kita
tahu, teknologi merupakan perkara penting pada masa kini. Jika pelajar didedahkan kepada
penggunaan teknologi dan perisian multimedia dalam sesi pembelajaran, ianya secara tidak langsung
dapat mengasah bakat serta kemahiran mereka dari masa ke semasa. Penggabungan diantara
13