Page 12 - Seminar Isu Semasa – Multimedia (2020)
P. 12

Seminar Isu Semasa – Multimedia (2020)















                        PENGGUNAAN PERISIAN MULTIMEDIA DALAM PROSES PENGAJARAN DAN
                                                    PEMBELAJARAN

                                             NURAMIRA BINTI ITAM JAAFAR

                     Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Kelantan, Malaysia





                 Abstrak

               Teknologi  berasaskan  komputer  telah  membuka  ruang  yang  luas  dalam  membantu  proses  pengajaran  dan
               pembelajaran.  Penggunaan  perisian  multimedia  terbukti  dapat  membantu  pelajar  dan  tenaga  pengajar  dalam

               proses pengajaran dan pembelajaran. Tujuan memilih tajuk ini adalah kerana penggunaan perisian multimedia
               dalam kalangan masyarakat pada masa kini semakin lama semakin tinggi dan semakin mendapat perhatian dalam
               kalangan  masyarakat.  Kehadiran  teknologi  multimedia  merupakan  saluran  yang  penting  bagi  penyebaran
               maklumat dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Manakala tenaga pengajar pula merupakan kunci kejayaan
               kepada aplikasi teknologi multimedia. Sehubungan dengan itu, kajian ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti
               perubahan dan  kesan positif  penggunaan  perisian  multimedia ini  dalam  proses  pengajaran  dan  pembelajaran,
               untuk  membezakan  prestasi  akademik  diantara  penggunaan  dua  kaedah  pembelajaran  dan  juga  untuk
               mengenalpasti apakah kelebihan dan kelemahan penggunaan perisian multimedia dalam proses pengajaran dan

               pembelajaran.






















                                                           12
   7   8   9   10   11   12   13   14   15   16   17