Page 15 - Seminar Isu Semasa – Multimedia (2020)
P. 15
Seminar Isu Semasa – Multimedia (2020)
seperti aplikasi animasi dan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran. Komputer merupakan
alat kognitif yang paling efektif dan efisien kerana kelebihannya dari sudut interaktiviti serta kawalan pengguna.
Ini membolehkan pelajar dapat mengawal, menguruskan dan mencari maklumat yang diperlukan melalui perisian
multimedia dan hal ini secara tidak langsung dapat memberi kesan yang positif kepada pelajar untuk menimba
ilmu.
Secara amnya, dalam kehidupan kita sendiri dikelilingi dengan elemen-elemen multimedia seperti bunyi
dan paparan skrin dan banyak lagi sama ada berbentuk statik ataupun dinamik. Bidang pendidikan pada sebelum
ini lebih tertumpu pada teks dan angka. Kadangkala akan timbul isu atau masalah-masalah seperti sukar untuk
memahami apabila bahan pengajaran hanya melibatkan teks dan angka sahaja. Jadi, multimedia berupaya untuk
menangani masalah-masalah ini dengan menggabungkan pelbagai elemen multimedia seperti audio, teks, video,
animasi dan grafik menjadi satu medium komunikasi. Ini juga dibantu dengan keupayaan komputer dalam
mempersembahkan dan menyokong penghasilan aplikasi pengajaran dan pembelajaran. Pembelajaran berasaskan
multimedia adalah berkaitan dengan proses bagaimana seseorang pelajar belajar. Oleh itu, pembelajaran
berasaskan multimedia ini mestilah mempunyai pemikiran serta ideologi yang kreatif dan berdaya maju supaya
dapat mempraktikan serta menerapkan apa yang dipelajari dengan lebih mudah. Walaubagaimanapun, guru yang
berdedikasi haruslah mempunyai kreativiti dalam mencari dan menghasilkan kaedah pengajaran yang lebih efektif
dan efisien supaya dapat menarik minat para pelajar terhadap matapelajaran yang diajar.
Oleh hal yang demikian, terdapat pelbagai kelebihan dan keistimewaan dalam multimedia yang
menyebabkan multimedia ini telah diterima oleh orang ramai sebagai salah satu aspek atau perkara paling penting
dan utama dalam kehidupan seharian. Antara keperluan penggunaan multimedia dalam pendidikan adalah yang
pertama kerana ruang penyimpanan dan kemudahan penyebaran yang mengambil ruang seperti buku teks, majalah
dan sebagainya. Kedua adalah kemudahan kepada carian dan capaian maklumat. Ketiga adalah mudah untuk
membuat rujukan dan pengumpulan maklumat menerusi sumber kerana tiada had batasan serta pembelajaran yang
berkesan melalui penggunaan pelbagai media ini. Pendidikan secara umumnya adalah sangat luas yang
merangkumi pelbagai bidang seperti pengurusan, kaunseling dan juga pelajaran. Sehubungan dengan itu, dalam
menuju era teknologi yang semakin lama semakin maju, sistem pendidikan memerlukan perubahan dari segi
model pendidikan yang lebih bagus seperti melakukan pembaharuan dari segi teknologi perisian instruksional.
Teknologi pendidikan adalah berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran di mana alat atau bahan media yang
digunakan sebagai sokongan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Oleh hal yang demikian, multimedia telah berjaya mengubah cara pengajaran yang digunakan oleh
tenaga pengajar. Penggunaan perisian multimedia dalam pendidikan adalah salah satu kaedah alternatif dalam
mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berkesan kepada pelajar. Selain itu, ianya juga dapat
memvariasikan proses pembelajaran dan bukan bertujuan untuk menggantikan keadah pengajaran yang biasa
digunakan oleh tenaga pengajar. Penggunaan perisian multimedia sudah semestinya mendatangkan kebaikan
kepada pelajar. Oleh itu, penggunaan perisian multimedia dalam proses pembelajaran sudah semestinya akan
mendatangkan kebaikan kepada pelajar. Hal ini kerana, ianya dapat mengatasi kelemahan serta masalah yang
sering dihadapi didalam proses pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan secara tradisi atau konvensional.
Disamping itu, ianya juga turut dapat membantu para pendidik untuk menyampaikan pengajaran dengan lebih
berkesan lagi.
15