Page 16 - Seminar Isu Semasa – Multimedia (2020)
P. 16

Seminar Isu Semasa – Multimedia (2020)


                       Antara kelebihan menjalankan pembelajaran berasaskan perisian multimedia adalah yang pertama dapat
               menyokong  pembelajaran  kendiri.  Penggunaan  teknologi  multimedia  membolehkan  pembelajaran  kendiri
               dilaksanakan dengan berkesan. Hal ini kerana, para pelajar bebas untuk menyusun jadual belajar dengan lebih

               teratur mengikut kemampuan sendiri. Mereka juga bebas untuk memilih masa dan juga maklumat yang sesuai dan
               berkaitan  dengan  silibus  untuk  dijadikan  sebagai  bahan  rujukan.  Pembelajaran  kendiri  adalah  lebih  baik
               berbanding kaedah tradisi kerana melalui pembelajaran kendiri ini membolehkan mereka mengawal pembelajaran
               berdasarkan kemampuan fizikal dan mental mereka. Seterusnya, para pelajar akan lebih mudah untuk memahami
               sesuatu perkara. Hal ini kerana elemen-elemen didalam multimedia seperti audio, video, teks, grafik, animasi dan
               sebagainya dapat membantu dalam proses menyampaikan isi- isi penting dalam mata pelajaran atau maklumat
               kepada pelajar dalam bentuk yang lebih mudah difahami selain ianya mampu menjadikan sesuatu perkara itu

               menjadi  lebih  menarik  lagi  dengan  adanya  elemen-elemen  ini.  Seperti  yang  kita  tahu,  setiap  pelajar  akan
               mempunyai corak atau cara untuk mereka belajar dengan gaya yang tersendiri. Oleh itu, dengan menggunakan
               perisian multimedia dalam proses pengajaran dan pembelajaran ini akan dapat membantu pelajar untuk menerima
               serta memahami sesuatu perkara dengan lebih mudah.

                       Selain itu, kelebihan penggunaan perisian multimedia dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah
               dapat menjana pemikiran dan memberi keseronokan kepada pelajar untuk belajar. Hal ini kerana, dengan adanya
               elemen-elemen  multimedia ini dalam  sesi  pengajaran  dan pembelajaran  didalam  kelas,  ianya  dapat memberi

               pengalaman yang baru kepada mereka dan hal ini akan memberi rangsangan yang bagus kepada mereka untuk
               belajar  dengan  lebih  fokus  dan  tekun.  Contohnya,  tenaga  pengajar  menggunakan  elemen  multimedia  seperti
               animasi dan video dalam menyampaikan sesuatu topik didalam kelas. Sudah semestinya proses pengajaran dan
               pembelajaran  tersebut  akan  menjadi  lebih  menarik  dan  pelajar  juga  tidak  akan  merasa  bosan  sepanjang  sesi
               pembelajaran berlangsung. Oleh itu, penerapan nilai hiburan yang secara sederhana dan tidak berlebihan didalam

               pendidikan akan dapat memberi kesan yang baik terhadap sesi pengajaran dan pembelajaran.

                       Walaupun  pembelajaran  dengan  penggunaan  perisian  multimedia  mempunyai  banyak  kelebihan
               berbanding kaedah pengajaran dan pembelajaran konvensional atau biasa, namun sudah pasti akan mempunyai
               beberapa kelemahan serta masalah yang tersendiri. Antaranya kelemahan yang dihadapi adalah berkaitan dengan
               kualiti perisian, minat serta pengetahuan, kemahiran dan kepakaran, tempoh menghasilkan perisian multimedia
               dan juga kos perbelanjaan yang perlu ditanggung untuk menghasilkan sesuatu dengan menggunakan perisian

               multimedia. Kelemahan yang pertama adalah berkaitan kualiti perisian. Untuk menghasilkan sesuatu perisian
               yang bagus dan berkualiti tinggi adalah agak sukar untuk dihasilkan. Hal ini adalah kerana fakor masa dan juga
               kekurangan tenaga mahir merupakan antara masalah atau punca utama mengapa perisian bahan pengajaran yang
               bagus  dan  berkualiti tinggi  sukar  untuk  dihasilkan.  Dismaping  itu,  sering  juga  berlaku  dimana  pembangunan
               sesebuah perisian hanya akan tertumpu pada nilai komersial yang mana kualiti dinilai berdasarkan kuantiti media
               yang digunakan dan bukannya pada kualiti nilai pengajaran dan pembelajaran.

                       Seterusnya  adalah  berkaitan dengan  minat,  ilmu  pengetahuan,  kemahiran  dan juga  kepakaran  dalam

               mengendalikan  perisian  multimedia.  Hal  ini  adalah  disebabkan  oleh  para  pendidik  yang  kurang  diberikan
               pendedahan dalam kemajuan dan perkembangan multimedia. Pada kebelakangan ini, masalah ini semakin lama
               semakin dipandang serius. Oleh hal demikian, pelbagai cara dan inisiatif telah dilaksanakan bagi meningkatkan
               lagi  ilmu  pengetahuan  dan  ilmu  teknologi  komputer  kepada  tenaga  pengajar.  Disamping  itu,  tempoh  untuk


                                                           16
   11   12   13   14   15   16   17   18