Page 17 - Seminar Isu Semasa – Multimedia (2020)
P. 17

Seminar Isu Semasa – Multimedia (2020)


               menghasilkan  sesuatu  perisian  multimedia  juga  merupakan  antara  masalah  yang  dihadapi.  Dalam  hal  ini,
               pembinaan  atau  penghasilan  sesuatu  perisian  memerlukan  latihan  yang  sistematik  dan  kreatif  supaya  dapat
               menguasai  kemahiran  yang  terdapat  didalam  perisian  multimedia  tersebut.  Oleh  itu,  sesi  pembinaan  atau

               penghasilan ini akan memerlukan masa yang lama untuk disiapkan. Ia juga harus mengambil kira ketepatan isi
               kandungan mata pelajaran atau silibus. Selain itu, kos pembelajaran dan dan pembinaan perisian juga merupakan
               antara masalah yang dihadapi.mpembinaan perisian multimedia memerlukan kos perbelanjaan yang tinggi. Ia
               disebabkan oleh barangan peralatan perisian yang mahal serta kos upah tenaga mahir yang terlalu tinggi. Kos
               pembiayaan projek yang tinggi juga turut mempengaruhi pembinaan perisian kursus yang berkualiti. Kos untuk
               mengupah tenaga mahir adalah sangat tinggi. Jadi, jika ingin menjimatkan kos pembinaan, perisian tersebut perlu
               dibangunkan sendiri oleh tenaga pengajar.


                       3.  Kesimpulan

                       Kesimpulannya, perkembangan dalam teknologi multimedia dan internet merupakan satu fenomena yang
               tidak dapat disangkal lagi akan kepentingannya. Teknologi ini semakin mendapat tempat dihati masyarakat kerana
               teknologi multimedia ini telah digunakan dalam kebanyakkan aspek kehidupan manusia sama ada secara langsung
               atau  tidak  langsung.  Dunia  pendidikan  juga  turut  memerlukan  teknologi  multimedia  ini  dan  ianya  semakin
               diperlukan semenjak akhir-akhir ini. Oleh hal yang demikian, setiap pihak yang terlibat dalam bidang pendidikan

               sama ada sebagai pendidik, pelajar, pentadbir atau sebagainya haruslah bersedia untuk bergerak seiring dengan
               arus  pembangunan  dan  perkembangan  teknologi.  Ini  adalah  bagi  memastikan  sistem  pendidikan  yang
               dilaksanakan tidak lagi ketinggalan. Tambahan lagi, setiap pelajar bebas untuk mencari maklumat yang diperlukan
               tanpa batasan di laman sesawang dan mereka tidak lagi hanya tertumpu kepada buku teks dan juga maklumat
               penerangan dari guru semata-mata. Maka, adalah sewajarnya seseorang guru itu bergerak seiring dengan dunia
               pelajar serta mendalami dunia multimedia ini dengan sepenuhnya.




























                                                           17
   12   13   14   15   16   17   18