Page 1 - Seminar Isu Semasa – Multimedia (2020)
P. 1
Seminar Isu Semasa – Multimedia (2020)
PENGGUNAAN PERISIAN APLIKASI UNTUK PENGHASILAN PRODUK MULTIMEDIA
TERHADAP PELAJAR SEKOLAH RENDAH, Di Bachok
MUHAMMAD HAIZULLIZAN BIN AMARAN
Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Kelantan, Malaysia
ABSTRAK
Dalam perkembangan teknologi yang semakin canggih pembelajaran dan pengajaran semakin hari
semakin menjurus kearah kemajuan teknologi. Pembelajaran pada masa kini lebih didedahkan dengan
penggunaan elektronik seperti komputer atau laptop. Seiring dengan kepesatan teknologi yang semakin meluas
penggunaan aplikasi dalam menjaya sesuatu tugasan semakin mendapat tempat di kalangan pelajar dan pengajar.
Sehubungan dengan itu, isu tentang pendedahan awal kepada pelajar sekolah rendah mengenai penggunaan
aplikasi yang digunakan untuk penghasilan produk multimedia perlu dipertimbangkan dan diberi perhatian supaya
dapat mendidik kanak-kanak dari awal peringkat persekolahan dan melahirkan insan yang lebih kreatif dan kritis
dalam bidang multimedia disamping dapat membangunkan produk multimedia yang lebih menarik sehingga
menjadikan Malaysia antara peneraju utama dalam bidang multimedia.
PENGENALAN
1