Page 18 - BUKU PENGURUSAN 2019 _PC VIEW
P. 18

TATASUSILA PROFESION PERGURUAN MALAYSIA

                       Kami  Guru-Guru Malaysia yakin bahawa tujuan utama pendidikan ialah berusaha menuju   ke arah
               pembentukan   warganegara  yang   berilmu, yang   taat setia,   yang bertanggungjawab  dan berkebolehan,
               yang menyedari betapa pentingnya usaha  menuju ke  arah kebenaran dan   ke arah pencapaian hasrat
               yang  gemilang  dan  percaya  kepada  demokrasi,  kebebasan  perseorangan  dan  prinsip-prinsip    Rukun
               Negara.

                       Melalui pendidikan, masyarakat dapat membantu  anak mudanya memahami kebudayaan mereka,
               memperolehi pengetahuan  yang  telah  terkumpul sejak  zaman berazam  dan  menyediakan  mereka untuk
               menghadapi cabaran pada masa hadapan.

                       Dengan  menyedari  betapa  besarnya  tanggungjawab  membimbing  anak  muda  untuk  mencapai
               kemajuan sepenuh-penuhnya, maka dengan ini kami menerima tatasusila berikut sebagai panduan untuk
               membolehkan kami menyempurnakan profesion kami  ke taraf kesusilaan yang setinggi-tingginya.


               1.      TANGGUNGJAWAB TERHADAP PELAJAR

                       *      Lebih mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar kami daripada hal-hal lain.

                       *      Bersikap    adil    terhadap    setiap    orang    pelajar    tanpa  mengira    faktor-faktor  jasmani,
                              mental, emosi, politik, ekonomi, sosial, keturunan atau agama.

                       *      Merahsiakan maklumat ikhtisas atau sulit mengenai pelajar   kecuali kepada mereka yang
                              berhak mengetahuinya.

                       *      Membimbing    atau  mengajar    seseorang    pelajar    dalam    darjah    sendiri    atau    dalam
                              matapelajaran-matapelajaran yang diajar di bilik darjah tanpa  sebarang bayaran.

                       *      Menunjukkan  suatu  cara  pakaian,  pertuturan  dan  tingkahlaku  yang  dapat  memberikan
                              contoh yang baik kepada pelajar.

                       *      Memelihara  dan  memperbaiki  kecekapan  ikhtisas  melalui  pengkajian  penyelidikan
                              lawatan  dan  menghadiri   kursus  ikhtisas,  persidangan,  mesyuarat  atau   seminar
                              supaya pengajaran kami mencapai  mutu yang setinggi-tingginya.


               2.      TANGGUNGJAWAB TERHADAP IBUBAPA

               *       Menghormati  tanggungjawab utama ibubapa terhadap anak-anak mereka.

               *       Berusaha  mewujudkan  hubungan  mesra  dan  kerjasama  yang   erat  di   antara   Institusi
                       Pendidikan dengan rumahtangga.

               *       Menganggap semua maklumat yang diberikan oleh ibubapa mengenai keadaan rumahtangga atau
                       mengenai  anak  mereka  sebagai  sulit  tidak akan  membocorkannya  kepada  sesiapa kecuali
                       kepada mereka yang berhak mengetahuinya.

               *       Memberikan   maklumat    kepada    ibu bapa    demi   kepentingan   anak-anak   mereka   dan
                       menggunakan yang diterima daripada ibu bapa secara teliti dan bijaksana.
               *       Mengelakkan  diri  dari  menggunakan  atau dipengaruhi  oleh kedudukan sosial dan ekonomi ibu
                       bapa pelajar.


               SK TELUK BULOH, 2019                                                                         16
   13   14   15   16   17   18   19   20   21   22   23