Page 21 - BUKU PENGURUSAN 2019 _PC VIEW
P. 21

3.0     KEHADIRAN MURID-MURID

               3.1     Guru      Kelas    bertanggungjawab    di  atas    kemajuan  kehadiran  murid-muridnya.  Gunakan  daya
                       usaha sendiri untuk tujuan tersebut.

               3.2     Guru Kelas hendaklah mendapatkan surat dari  pihak ibubapa atau penjaganya. Dalam kes-kes
                       murid yang tidak hadir tanpa sebab yang munasabah dengan menyediakan 3 salinan surat. Surat
                       jawapan dari  murid atau  penjaga hendaklah disimpan dalam fail kes pelajar kelas. Fail tersebut
                       hendaklah  diserahkan ke pejabat di akhir tahun semasa .

               3.3     Senarai  murid  yang sering tidak  hadir ke sekolah hendaklah  dihantar kepada PK 11 atau GB atau
                       untuk tindakan selanjutnya.

               3.4     Sila   hubungi   ibubapa   atau   penjaga   murid  yang  tidak hadir  tanpa  sebarang  sebab atau
                       makluman.

               4.      BUKU KERJA DAN BUKU RAMPAIAN

               4.1     Buku  kerja dan buku  rampaian mesti  diperiksa dengan cermat dan membuat pembetulan jika ada
                       kesalahan.

               4.2     Tentukan semua murid mempunyai buku yang cukup untuk semua pelajaran.

               4.3     Tentukan murid tidak mengoyakkan kertas buku-buku mereka.

               4.4     Pemeriksaan buku dijalankan bukan pada waktu mengajar.

               4.5     Buku  rampaian  murid  hendaklah   diserahkan  kepada  pihak  pengurusan  untuk  penyeliaan
                       mengikut  jadual yang telah ditetapkan mengikut permintaan.

               5.      PENILAIAN KENDALIAN SEKOLAH RENDAH  (  PKSR )

               5.1     PKSR dijalankan 2 kali setahun mengikut jadual seperti dalam takwim sekolah.


               5.2     Sediakan  soalan  ujian  yang  baik  mutunya  dengan  mengikut  Jadual  penentuan  ujian  yang  telah
                       diluluskan oleh panitia.

               5.3     Salinan soalan disediakan dalam satu fail khas.

               5.4     Keputusan   ujian   direkodkan   dalam  Buku  Rekod  Pengajaran  dan  Pembelajaran  dan kad
                       pelaporan yang telah disediakan.

               5.5     Pelaksanaan  dan  tindakan   berhubung dengan PKSR   hendaklah dipatuhi sepenuhnya  dan
                       dirujuk kepada takwim yang disediakan.

               5.6     Salinan  keputusan  ujian  penggal hendaklah  disediakan  dalam  3  salinan.  1  salinan  dilekatkan  di
                       papan  kenyataan  kelas,  1  salinan  untuk  PK    dan  1  salinan  hendaklah  diserahkan  ke  pejabat
                       Sekolah tidak lewat dari 2 minggu dari tarikh penilaian dijalankan/ mengikut jadual penyerahan.






               SK TELUK BULOH, 2019                                                                         19
   16   17   18   19   20   21   22   23   24   25   26