Page 22 - BUKU PENGURUSAN 2019 _PC VIEW
P. 22
6. JADUAL WAKTU
6.1 Sediakan jadual waktu kelas dan peribadi, dalam tiga salinan : 1 salinan untuk peribadi, 1
salinan untuk rekod PK dan 1 salinan untuk rekod pejabat / GB.
6.2 Sesalinan jadual waktu hendaklah diserahkan tidak lewat dari minggu pertama persekolahan
dibuka atau apa-apa perubahan / pindaan yang dilakukan hendaklah dikemaskini dari semasa
ke semasa.
6.3 Jadual waktu kelas disediakan sebesar sekeping manila kad, dilekatkan di tempat tertentu
untuk rujukan semua pihak.
7. WANG YURAN PERSEKOLAHAN DAN LAIN-LAIN.
7.1 Guru Kelas adalah bertanggungjawab dalam kutipan yuran dan juga lain-lain kutipan yang
diluluskan oleh pihak sekolah.
7.2 Bayaran yuran oleh murid hendaklah diberikan resit dengan seberapa segera dan dicatatkan
dalam Jadual Kedatangan.
7.3 Wang yang telah dikutip hendaklah diserahkan kepada Guru Besar atau wakil dengan segera /
Mengikut jadual penyerahan iaitu pada hari Selasa / Khamis sebelum jam 12.00 tgh bagi
memudahkan pengurusan kemasukan dalam bank.
7.4 Buku resit yuran hendaklah disimpan dengan baik supaya tidak berlaku kehilangan dan
serahkan kepada Guru Besar / wakil apabila semua kutipan disempurnakan. Guru pemungut
bertanggungjawab sepenuhnya terhadap resit di bawah jagaannya.
8. AM
8.1 Berusaha memajukan pelajaran murid.
8.2 Berusaha menjaga kebersihan dan kekemasan bilik darjah dan sekolah.
8.3 Menjalankan aktiviti darjah dan sekolah.
8.4 Menguruskan Pinjaman Buku Teks dan RMT.
8.5 Berpakaian kemas yang sesuai serta mematuhi peraturan pakaian semasa menjalankan tugas.
8.6 Sentiasa menggunakan bahasa dan geraklaku yang baik.
8.7 Guru sentiasa bersama murid semasa sesuatu pelajaran sedang dijalankan sama ada dalam
darjah atau luar darjah.
8.8 Jalankan tanggungjawab yang diberikan dengan sempurna tanpa menunggu arahan.
8.9 Semua guru dikehendaki hadir dalam setiap perhimpunan sekolah yang diadakan seperti yang
ditetapkan. Perhimpunan rasmi diadakan pada hari Isnin setiap minggu, mulai 7.30 pagi – 8.10 pagi
.
8.10 Semua guru tidak boleh meninggalkan sekolah pada waktu bertugas atas urusan peribadi
melainkan telah mendapat kebenaran daripada Guru Besar terlebih dahulu.
SK TELUK BULOH, 2019 20