Page 23 - BUKU PENGURUSAN 2019 _PC VIEW
P. 23
8.11 Guru-guru hendaklah tiba di sekolah sekurang-kurang 15 minit awal sebelum loceng waktu
dibunyikan pada pukul 7.30 pagi.. Catatkan waktu tiba di dalam buku kehadiran bertugas dan juga
catatkan waktu pulang setelah tamat waktu persekolahan.
8.12 Waktu balik dari sekolah hendaklah sama bagi semua guru iaitu setelah tamat waktu pelajaran bagi
semua darjah dalam sesi yang berkenaan.
8.13 Kelewatan tiba ke sekolah oleh sebab sesuatu hal yang tidak dapat dielakkan hendaklah
dilaporkan kepada Guru Besar atau Penolong Kanan.
8.14 Cuti sakit hendaklah disokong dengan sijil yang sah dari pihak doktor kerajaan atau yang
diiktiraf dan perlu dimaklumkan kepada Guru Besar / Penolong kanan.
8.15 Guru-guru dilarang merokok dalam kawasan sekolah. Seluruh kawasan sekolah adalah
kawasan larangan merokok.
8.16 Semua urusan cuti hendaklah mematuhi pekeliling-pekeliling terkini dan peraturan-peraturan AM.
PERATURAN – PERATURAN YANG MESTI DIPATUHI SEMASA BERLAKU
KEBAKARAN/KECEMASAN
1. Apabila loceng kecemasan dibunyikan ( bunyi tiada henti-henti/ berterusan ) semua murid, guru,
dan staf sokongan sokongan sekolah mesti keluar dari bangunan sekolah mengikut susunan yang
disediakan dalam pelan kecemasan.
2. Ketua kelas dan guru yang mengajar di kelas tersebut mesti memastikan semua murid telah keluar
terlebih dahulu dari kelas sebelum mereka keluar.
3. Semasa di tempat lapang ( Padang ) semua murid mesti berbaris mengikut kelas dan tidak
dibenarkan bergerak ke tempat lain .
4. Apabila sampai di padang, ketua kelas mesti memastikan semua murid kelasnya berada di sana.
Kemudian, laporkan kepada guru kelas masing-masing, mengenai bilangan murid yang terkumpul.
5. Guru kelas mesti membawa Jadual kedatangan ke tempat berhimpun dan menyemak kedatangan
murid-murid di dalam darjahnya.
6. Murid-murid yang tercatat hadir di dalam jadual kedatangan tetapi tidak berada di tempat lapang,
adalah menjadi tanggungjawab guru kelas mencari murid-murid berkenaan.
7. Staf sokongan pejabat dikehendaki membawa jadual kedatangan jika masih ada yang tidak
sempat diambil oleh guru kelas.
SK TELUK BULOH, 2019 21