Page 2 - BUKU PENGURUSAN SISTEM E-RPH MENGGUNAKAN GOOGLE CLASSROOM - EDISI 2 - DEMO SET
P. 2
Pengurusan Sistem E-RPH Menggunakan Aplikasi Google Classroom Edisi Kedua
PRA KATA PENULIS
yukur ke hadrat Allah SWT kerana memberi kekuatan
S
kepada saya untuk menulis buku Pengurusan E-RPH
Menggunakan Aplikasi Google Classroom Edisi Kedua ini.
Berikutan perubahan besar dalam reka letak dan bentuk Aplikasi
Google Classroom ini, maka saya terpaksa menulis kembali buku ini
dengan versi yang terbaru dan terkini. Oleh kerana permintaan yang
tinggi terhadap buku ini, serta ramai pentadbir dan guru yang
semakin sedar dan berminat untuk menggunakan aplikasi ini untuk memudahkan urusan
mereka dalam menguruskan pengendalian RPH di sekolah maka saya akan sedaya upaya
memberikan penerangan yang terbaik untuk para pembaca buku ini untuk memahami
bagaimana sistem ini berfungsi dan dapat dimanfaatkan dengan baik.
Buku panduan ini bertujuan membantu Pengetua / GuruBesar dan guru-guru menggunakan
aplikasi ini tanpa melibatkan sebarang kos. Pembaca akan diberikan panduan langkah demi
langkah sehingga dapat menguasai aplikasi ini dan seterusnya digunakan dalam pengurusan
E-RPH di sekolah masing-masing. Dengan mengikuti panduan yang diberikan dalam buku
ini, kita mampu mengurusakan Rekod E-RPH kita dengan lebih mudah dan bersistematik
serta bersifat mesra pengguna.
Membina kelas / tapak Pengurusan E-RPH tidak memerlukan kemahiran teknologi maklumat
yang tinggi kerana template atau tapak kelas tersebut sudah disediakan oleh pihak penyedia
aplikasi. Buku Pengurusan E-RPH Menggunakan Aplikasi Google Classroom ini hanya
memfokuskan kepada satu aplikasi sahaja iaitu Google Classroom sebagai platform atau
aplikasi perantara dalam pengurusan Rekod E-RPH yang berkesan.
Terima kasih diucapkan kepada rakan seperjuangan Admin-admin E-RPH GC seluruh
Malaysia yang sama-sama mempromosikan system ini dan sentiasa memberikan buah fikiran
untuk sebarang penambahbaikkan dalam mengguruskan E-RPH GC. Ucapan terima kasih
juga ditujukan khas buat semua Pengetua dan Guru Besar yang telah menggunakan Aplikasi
Google Classroom ini dalam Pengurusan E-RPH mereka dan kepada semua yang
menyokong usaha penulisan buku ini sehingga berjaya disiapkan.
Kamarulzamri Bakar
SM Sains Tuanku Jaafar
Oleh : Kamarulzamri Bakar Hak Cipta Terpelihara © 2