Page 7 - BUKU PENGURUSAN SISTEM E-RPH MENGGUNAKAN GOOGLE CLASSROOM - EDISI 2 - DEMO SET
P. 7
Pengurusan Sistem E-RPH Menggunakan Aplikasi Google Classroom Edisi Kedua
i) Memberi peluang kepada guru pengganti mengambil alih tugas pengajaran dengan
mudah dan berkesan.
j) Pemantauan dan bimbingan oleh pihak pengurusan sekolah dapat dilaksanakan melalui
Rancangan Pengajaran Harian yang disediakan secara eksplisit oleh guru mata pelajaran
Walaupun penyediaan RPH ini tanpa tempelete yang khas, ianya masih boleh diterima
sebagai RPH, asalkan mengikut SPI yang berkuatkuasa. Guru-guru boleh menyediakan RPH
mengikut kreativiti masing-masing, atau mengikut kehendak mata pelajaran.
PENGHANTARAN RPH MELALUI GOOGLE CLASSROOM
Setiap hari guru-guru akan menyiapkan RPH semua kelas yang diajar oleh mereka.
Semua RPH ini akan disemak dan disahkan oleh Pengetua atau Guru Besar atau Pentadbir
yang lain dengan kebenaran / arahan PGB sekolah masing-masing. Oleh kerana pentingnya
RPH ini ,maka ianya perlu diurus dengan bijak dan sistematik. Salah satu cara pengurusan
Penghantaran RPH secara elektronik adalah melalui Aplikasi Google Classroom. Buat masa
ini pihak Google memberi akses percuma kepada semua pengguna melalui akaun email
@gmail.com Dalam bab penghantaran RPH ini peranan Pengetua dan Guru Besar ialah
sebagai Guru atau “Teacher” manakala guru-guru akan berperanan sebagai murid atau
“students”. Peranan atau “Role” ini mesti difahami untuk melancarkan kelas masing-masing.
Oleh : Kamarulzamri Bakar Hak Cipta Terpelihara © 7