Page 8 - BUKU PENGURUSAN SISTEM E-RPH MENGGUNAKAN GOOGLE CLASSROOM - EDISI 2 - DEMO SET
P. 8

Pengurusan Sistem E-RPH Menggunakan Aplikasi Google Classroom    Edisi Kedua



               MEMULAKAN         PENGURUSAN         E-RPH     MENGGUNAKAN          APLIKASI     GOOGLE
               CLASSROOM


                   1.  Semua PGB / Pentadbiran dan guru perlu ada akaun GMAIL sama ada berdaftar di
                       bawah domain @GMAIL.COM, @XXXX.EDU.MY, @XXXX.COM

                   2.  Bagi PGB dan pentadbiran sekolah yang lain perlu ada 2 akaun email iaitu:
                          a.  Email Perjawatan

                          b.  Email Peribadi
                   3.  Penerangan kenapa perlu 2 email bagi PGB dan Pentadbiran yang lain
                          a.  Email Perjawatan :

                              Email  ini  digunakan  oleh  PGB  dan  pentadbiran  yang  lain  untuk  menyemak
                              semua  RPH  guru  yang  dihantar  setiap  minggu.    Email  ini  adalah  hak  milik

                              sekolah  atas  kapasiti  jawatan  pengurusan.  Hal  ini  demikian  kerana,  jika
                              seseorang  pegawai  pengurusan  sekolah  berpindah  mereka  tidak  akan
                              membawa atau menggunakan email perjawatan ini di sekolah yang baru. Email

                              ini perlu diserahkan kepada penggantinya yang baru.

                          b.  Email Peribadi

                              Emai ini digunakan oleh PGB dan pentadbiran yang lain kerana mereka juga
                              wajib membuat RPH mereka sendiri dan perlu juga di semak oleh PPD atau
                              Penolong  Kanan  Pentadbiran.  Email  ini  perlu  menggunakan  nama  sebenar

                              pegawai.
                   4.  Bagi Guru-guru mereka perlu mendaftar email peribadi sendiri dengan menggunakan

                       nama sendiri untuk tujuan penggunaan RPH Menggunakan Aplikasi GC ini.



                                                ** INGATAN PENTING **
               PASTIKAN  SEMUA  EMAIL  PERIBADI  YANG  DICIPTA  PERLULAH  RASMI  SIFATNYA

               DENGAN MELETAKAN NAMA SEBENAR GURU ATAU GAMBAR YANG SEBENAR.  HAL
               INI  ADALAH  DISEBABKAN  KERANA  RPH  INI  ADALAH  DOKUMEN  RASMI  BAGI
               SESEORANG PENJAWAT AWAM YANG BERGELAR GURU.












                Oleh : Kamarulzamri Bakar                                         Hak Cipta Terpelihara ©     8
   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13