Page 3 - BUKU PENGURUSAN SISTEM E-RPH MENGGUNAKAN GOOGLE CLASSROOM - EDISI 2 - DEMO SET
P. 3
Pengurusan Sistem E-RPH Menggunakan Aplikasi Google Classroom Edisi Kedua
GOOGLE CLASSROOM PENCETUS PERUBAHAN DALAM PENGURUSAN DAN
PENTADBIRAN ORGANISASI
PENGENALAN
G
oogle Classroom (GC) adalah merupakan aplikasi yang telah disediakan oleh pihak
Google. Pengguna yang telah mendaftar akaun dengan Google layak untuk
mendapat keistimewaan untuk menggunakan Aplikasi Google Classroom. Hari ini
aplikasi GC tidak lagi hanya tertumpu kepada penggunaan di dalam kelas untuk Pembelajaran
dan Pemudahcaraan (PdPc) tetapi aplikasi ini telah melangkaui batasan apabila ianya telah
boleh digunakan untuk tujuan pengurusan dan pentadbiran di sekolah mahupun di jabatan-
jabatan lain.
Penggunaan GC dilihat lebih mudah, bersistem dan sangat mesra pengguna. Dahulu GC
digunakan antara guru dan pelajar sahaja. Namun begitu dengan kepesatan perubahan masa
dan kreativiti manusia GC boleh juga digunakan untuk tujuan melancarkan dan memantapkan
urusan rekod dalam pengurusan dan pentadbiran sesebuah organisasi.
Justeru, kami terpanggil untuk berkongsi bersama dengan rakan-rakan pendidik untuk
menggunaan aplikasi GC ini dalam memudahkan urusan pengurusan dan pentadbiran
seharian secara amnya dan pengurusan E-RPH secara khususnya.
Banyak kelebihan boleh diperoleh oleh Pengetua / Guru Besar (PGB) dan guru-guru jika
menggunakan aplikasi ini, antaranya ialah
1. Untuk Pengetua / Guru Besar
a. PGB boleh membina seberapa banyak Classroom untuk pengurusan RPH
sama ada mengikut bidang atau Unit
b. PGB boleh membina tugasan RPH untuk guru secara invidu dengan kaedah
atas talian (Online) dan tanpa talian (Offline)
c. PGB boleh menyemak tugasan RPH guru-guru secara atas talian atau
menggunakan fungsi Digital Ink (tandatangan Digital) di telefon bimbit PGB
d. PGB boleh membuat komen hasil kerja RPH guru secara atas talian
e. PGB boleh memberi markah kepada RPH guru untuk tujuan keberhasilan guru
f. PGB boleh melihat sejarah tugasan RPH yang diberikan dari awal tahun
sehingga hujung tahun
Oleh : Kamarulzamri Bakar Hak Cipta Terpelihara © 3