Page 6 - BUKU PENGURUSAN SISTEM E-RPH MENGGUNAKAN GOOGLE CLASSROOM - EDISI 2 - DEMO SET
P. 6

Pengurusan Sistem E-RPH Menggunakan Aplikasi Google Classroom    Edisi Kedua



               TANGGUNGJAWAB MENYEDIAKAN RANCANGAN PELAJARAN HARIAN OLEH GURU-
               GURU
               PENDAHULUAN
               D
                         i dalam SPI ini ada dinyatakan bahawa penyediaan RPH dan RPT boleh dalam apa
                         juga bentuk  yang munasabah dan sesuai dengan teknologi semasa. Ianya haruslah

                         diurus dan dikemukakan dengan serta merta apabila dikehendaki oleh pihak yang
               diberi kuasa . Dengan kluasa ini saya mengesyorkan agar penggunaan Google Clasroom

               (GC) digunakan oleh semua PGB / Pentadbiran dan guru-guru. Google Clasroom ini boleh di
               ubah suai mengikut ketetapan sekolah masing-masing.


                       Rancangan  Pengajaran  Harian  (RPH)  merupakan  satu  dokumen  rasmi  penting
               kepada  seorang  guru  profesional  yang  perlu  disediakan,  sebelum  sesuatu  pengajaran

               dilaksanakan.  Seorang guru perlu menguasai kemahiran merancang rancangan pengajaran
               yang akan dilaksanakan dengan berkesan.  Kejayaan sesuatu pengajaran yang disampaikan
               oleh  guru  di  dalam  kelas  bergantung  sepenuhnya  kepada  kebijaksanaan  guru  membuat

               perancangan dan persediaan rapi sebelum memulakan sesi pengajaran. Sebagai seorang
               guru profesional , kemahiran merancang dan menulis Rancangan Pengajaran Harian amat
               penting dan sesuai dengan tugas guru sebagai pengurus bilik darjah.  Apabila seseorang guru

               dapat  membina  Rancangan  Pengajaran  Hariannya  sendiri  bermakna  beliau  telah  dapat
               menguasai isi kandungan, kaedah pengajaran serta dapat meramalkan iklim bilik darjah yang
               akan dihadapinya.

               Kepentingan penyediaan RPH ini adalah seperti yang berikut;
                a)  Merancang pengajaran guru dan pembelajaran murid dengan teliti agar menepati sukatan

                    / standard pengajaran yang ditetapkan.
                b)  Menggunakan masa pengajaran secara optimum.
                c)  Menyediakan  satu  siri  aktiviti  untuk  membantu  murid  mencapai  hasil  pembelajaran

                    meningkatkan  kemahiran  yang  dikehendaki,  menerap  nilai-nilai  murni  dan  proses
                    penilaian yang terancang.

                d)  Persediaan mengajar juga dapat membantu guru mengingati isi pelajaran yang hendak
                    disampaikan tanpa sebarang keraguan
                e)  Menyedia bahan bantu mengajar (BBM) dan strategi, kaedah dan teknik pengajaran yang

                    perlu untuk menyampaikan sesuatu isi pelajaran dengan berkesan sesuai dengan tahap
                    kemahiran murid.
                f)  Mengembangkan langkah aktiviti pengajaran secara lancar, tersusun dan sistematik.

                g)  Guru dapat meramal situasi di dalam kelas seterusnya membuat persediaan langkah-
                    langkah untuk mengatasi masalah.
                h)  Meningkatkan keyakinan diri guru semasa proses pengajaran berlangsung




                Oleh : Kamarulzamri Bakar                                         Hak Cipta Terpelihara ©     6
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11