Page 1 - 4.0 Mazhab_Neat
P. 1

Nota IXEX1101 Pengantar Syariah




                                               MAZHAB HUKUM ISLAM




                  Dalam Islam sebenarnya ada banyak mazhab. Hal ini kerana ramai ulama yang


                  berkemampuan  dari  kalangan  sahabat  Nabi,  Tabi‘in  dan  Tabi‘  al-  Tabi‘in  dan


                  mereka mempunyai cukup syarat dan keperluan berijtihad.


                         Islam  tidak  menghalang  dari  berlakunya  perbezaan  pendapat  dalam

                  kalangan para fuqaha dalam mengistinbatkan hukum kerana ia menggambarkan


                  betapa  syariat  Islam  fleksibel  dan  mampu  berdepan  dengan  khalayak  yang


                  pelbagai  bangsa,  latar  belakang,  realiti  dan  mentaliti  yang  beranekaragam.

                  Perbezaan  pendapat  ini  melahirkan  berbagai  aliran  dalam  metodologi  hukum


                  Islam.


                         Kehadiran mazhab ini tidak boleh dilihat sebagai perbezaan mutlak seperti


                  dalam Kristian (Prostestan dan Katolik) dan beberapa agama lain. Sebaliknya ini

                  merupakan  perbezaan sihat melalui pendapat logik dan idea  dalam memahami


                  Islam. Perkara pokok seperti akidah atau tauhid masih sama dan tidak berubah.


                         Dari  perbezaan  metode  yang  dikembangkan  para  sahabat  ini  kemudian


                  muncullah  dalam  hukum  Islam  Madrasah  al-hadith  (madrasah  =  aliran)  dan

                  Madrasah  al-ra’yi.  Madrasah  al-hadith  kemudian  dikenal  juga  dengan  sebutan


                  Madrasah  al-Hijaz  dan  Madrasah  al-Madinah;  sedangkan  Madrasah  al-ra’yi  dikenal


                  dengan sebutan Madrasah al-‘Iraq dan Madrasah al-Kufah.


                         Kedua  aliran  ini  menganut  prinsip  yang  berbeza  dalam  metode  ijtihad.

                  Madrasah  al-Hijaz  dikenal  sangat  kuat  berpegang  pada  hadis  kerana  mereka



                                                                                                        1


                   Dr Mohd Anuar Ramli
   1   2   3   4   5   6