Page 119 - APP KKR 2023
P. 119

ARAHAN PEGAWAI PENGAWAL KEMENTERIAN KERJA RAYA
                                                                                                               2023

               2.9     Pengurusan Tender

                       2.9.1  Kawalan Am Pengurusan Tender
                              a)  Tempoh sah laku tender yang minimum adalah sembilan puluh (90) hari, dikira
                                 daripada tarikh tender ditutup. Sekiranya perlanjutan tempoh sah laku tawaran
                                 tender diperlukan, pelanjutan hendaklah dibuat sebelum tarikh tempoh sah laku
                                 asal tamat dengan kelulusan Pengerusi Lembaga Perolehan berkenaan.

                              b)  Sebarang  pembatalan  tender  hendaklah  mendapat  kelulusan  Pengerusi
                                 Lembaga  Perolehan  yang  berkenaan  dan  dimaklumkan  kepada  Lembaga
                                 Perolehan Kementerian dengan menyatakan sebab-sebab pembatalan.

                              c)  Deposit tender adalah dikecualikan bagi tender tempatan sekiranya syarikat/
                                 pembekal  telah  mendaftarkan  kod  bidang  bekalan/  perkhidmatan  dengan
                                 Kementerian  Kewangan  atau  kod  bidang  kerja  dengan  CIDB.  Walau
                                 bagaimanapun,  bagi  petender  tempatan  yang  tidak  mempunyai  kod  bidang
                                 hendaklah  mendapat  pengecualian  pendaftaran  daripada  Kementerian
                                 Kewangan.  Deposit  tender  hendaklah  dikenakan  sebanyak  2.5%  daripada
                                 tawarannya  atau  maksimum  RM10,000.  Deposit  tender  hendaklah  dalam
                                 bentuk draf bank/ jaminan bank dan hendaklah dikemukakan bersekali dengan
                                 tawaran tender.

                              d)  Pelawaan  tender  diiklankan  dalam  Portal  MyPROCUREMENT  sekurang-
                                 kurangnya dua puluh satu (21) hari daripada tarikh mula iklan sehingga tarikh
                                 iklan  tender  tamat.  Kandungan  iklan  tender hendaklah menyatakan  perkara-
                                 perkara berikut:
                                 i.  Agensi yang memanggil tender;
                                 ii.  Tajuk tender yang diiklankan;
                                 iii.  Jenis tender (terbuka dan/ atau khas Bumiputera);
                                 iv.  Syarat-syarat kelayakan tender;
                                 v.  Tempat, tarikh dan masa dokumen tender dijual;
                                 vi.  Tempat,  tarikh  dan  masa  bagi  taklimat/  lawatan  tapak/  premis  (jika
                                     berkenaan);
                                 vii. Harga, cara bayaran dan jawatan penerima bayaran dokumen tender; dan
                                 viii. Tempat, tarikh dan waktu tender diterima dan ditutup.

                              e)  Kementerian/ Jabatan hendaklah menetapkan jam 12.00 tengah hari pada hari
                                 pelawaan tender ditutup (hari bekerja) sebagai waktu terakhir untuk menerima
                                 tawaran tender. Tawaran tender yang lewat diterima dari waktu dan tarikh yang
                                 ditetapkan tidak boleh dipertimbangkan.

                              f)  Mengatur  pembukaan  tender,  penilaian  tender  dan  mesyuarat  Lembaga
                                 Perolehan.

                              g)  Kertas Taklimat Tender hendaklah disediakan untuk pertimbangan Lembaga
                                 Perolehan.


                                                                                                          118
   114   115   116   117   118   119   120   121   122   123   124