Page 116 - APP KKR 2023
P. 116

ARAHAN PEGAWAI PENGAWAL KEMENTERIAN KERJA RAYA
                                                                                                               2023

                       2.7.5  Bagi menentukan sesuatu perolehan yang tertakluk kepada FTA, anggaran
                              nilai perolehan maksimum bagi keseluruhan tempoh hendaklah mengambil
                              kira perkara berikut:

                              (i) Semua bentuk ganjaran, termasuk premium, yuran, komisyen, faedah atau
                              lain-lain aliran hasil yang mungkin diperuntukkan di bawah kontrak;

                              (ii) Apa-apa pelanjutan kontrak yang melibatkan tambahan nilai bagi bekalan dan
                              perkhidmatan.

                              (iii)  Sekiranya  projek  dilaksanakan  secara  berfasa/berperingkat,  maka  nilai
                              perolehan yang tertakluk kepada FTA hendaklah ditentukan dengan mengambil
                              kira  nilai  keseluruhan  projek.  Setiap  pakej  perolehan  berfasa/berperingkat
                              merupakan perolehan yang tertakluk kepada FTA walaupun di bawah had nilai
                              ditetapkan.

                       2.7.6  Sekiranya  anggaran  nilai  perolehan  atau  nilai  keseluruhan  untuk  satu
                              perolehan/projek  tidak  dapat  dikenal  pasti,  maka  perolehan  itu  hendaklah
                              dipelawa kepada syarikat dari negara ahli FTA.

                       2.7.7  Pada  masa  ini,  FTA  yang  telah  ditandatangani  melibatkan  tawaran  akses
                              pasaran  perolehan  kerajaan  kepada  negara  ahli  adalah  Perjanjian
                              Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (Comprehensive
                              and Progressive Agreement for Trans-Pacific Partnership - CPTPP).

                       2.7.8  Had  Nilai  Perolehan  hendaklah  diselaraskan  pada  setiap  tahun  genap
                              bermula 1 Januari selepas CPTPP berkuat kuasa ke atas Malaysia.

                       2.7.9  Setiap 2 tahun, had nilai perolehan yang tertakluk dalam Ringgit Malaysia
                              (RM)  hendaklah  dikira  dan  dipaparkan.  Pengiraan  ini  berdasarkan  kadar
                              tukaran yang diterbitkan oleh Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dalam
                              Statistik Kewangan Antarabangsa secara bulanan.

                       2.7.10 Kadar  tukaran  adalah  berdasarkan  purata  nilai  harian  RM  kepada  SDR
                              sepanjang tempoh 2 tahun sebelum 1 Oktober pada tahun sebelum had nilai
                              perolehan  yang  diselaraskan  berkuatkuasa.  Nilai  tukaran  hendaklah
                              dibundarkan kepada nilai RM yang terdekat.

               2.8     HAD  NILAI  PEROLEHAN  YANG  TERTAKLUK  BERDASARKAN  TEMPOH
                       PERALIHAN (Bab Perolehan Kerajaan CPTPP hendaklah dibaca bersekali dengan jadual
                        berikut:

                       Had nilai perolehan di peringkat Kementerian dan Jabatan Persekutuan yang tertakluk
                       dengan Bab PK mengikut tempoh peralihan adalah seperti berikut:







                                                                                                          115
   111   112   113   114   115   116   117   118   119   120   121