Page 112 - APP KKR 2023
P. 112

ARAHAN PEGAWAI PENGAWAL KEMENTERIAN KERJA RAYA
                                                                                                               2023

                              c)  Spesifikasi  teknikal  tidak  boleh  dibuat  berdasarkan  jenama  atau  buatan.
                                 Sekiranya  tidak  dapat  dielakkan,  ungkapan  ‘atau  persamaan’  hendaklah
                                 digunakan;

                              d)  Spesifikasi hendaklah berasaskan fungsi penggunaan dan sekurang-kurangnya
                                 memenuhi piawaian Malaysia atau piawaian antarabangsa yang diiktiraf oleh
                                 Kerajaan. Sekiranya tiada sebarang piawaian, Jabatan hendaklah memastikan
                                 barangan yang ditentukan adalah sesuai, selamat digunakan dan dijamin oleh
                                 petender;

                              e)  Spesifikasi yang disediakan hendaklah ditanda araskan (benchmark) dengan
                                 barangan buatan tempatan yang memenuhi piawaian yang diiktiraf; dan

                              f)  Bagi  perolehan  peralatan  teknologi  maklumat  (ICT),  kelulusan  teknikal
                                 hendaklah  diperoleh  daripada  MAMPU  dengan  mematuhi  arahan  dan  garis
                                 panduan yang ditetapkan oleh MAMPU. Pembelian peralatan komputer secara
                                 stand alone tidak perlu mendapatkan persetujuan MAMPU.

               2.5     Integrity Pact

                       2.5.1  Selaras dengan usaha transformasi Kerajaan untuk menjadi sebuah negara maju
                              dan  berpendapatan  tinggi,  Kerajaan  komited  dalam  meningkatkan  integriti
                              pentadbiran  awam  melalui  pencegahan  amalan  rasuah.  Integriti  adalah  amat
                              penting demi mengelakkan ketirisan dalam perbelanjaan Kerajaan dan memastikan
                              pelaksanaan perolehan Kerajaan mampu membawa impak yang sebenar kepada
                              erajaan dan rakyat.

                       2.5.2  Kementerian/  Jabatan  hendaklah  mengukuhkan  usaha  ke  arah  meningkatkan
                              integriti dan ketelusan dalam perolehan kerajaan dengan semua pihak yang terlibat
                              dengan  menandatangani  Surat  Akuan  Integrity  Pact  serta  memperbaharuinya
                              setiap  tahun.  Pihak  yang  terlibat  adalah  penjawat  awam  yang  terlibat  dalam
                              perolehan  kerajaan  meliputi  Jawatankuasa Spesifikasi,  Jawatankuasa  Pembuka
                              Tender/  Sebut  harga,  Jawatankuasa  Penilaian  Teknikal  dan  Kewangan,
                              Jawatankuasa  Rundingan  Harga,  Ahli  Lembaga/Jawatankuasa  Perolehan,
                              pembida dan perunding.

                       2.5.3  Laporan Integrity Pact hendaklah dikemukakan oleh Bahagian/ Jabatan kepada BK
                              selewat-lewatnya pada 10 haribulan bulan berikutnya.


                       2.5.4  Dokumen yang perlu dipatuhi adalah seperti berikut:-

                               Lampiran 1        Surat Akuan Oleh Penjawat Awam Yang Terlibat
                                                 Dalam Perolehan dan diperbaharui setiap tahun;
                               Lampiran 2        Surat Akuan Pelantikan Ahli Jawatankuasa
                                                 Berkaitan  Perolehan


                                                                                                          111
   107   108   109   110   111   112   113   114   115   116   117